Debut Olimpik Nurul Izzah berkecai di pusingan repechage 1/32


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Nurul Izzah tewas dalam acara pecut pusingan repechage 1/32 pada Jumaat. — Facebook/MOM

HASRAT pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, untuk mara lebih jauh pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas tewas dalam acara pecut pusingan repechage 1/32 pada Jumaat.

Pada aksi yang berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome dekat Paris, Perancis tersebut, atlet berusia 20 tahun itu memberikan aksi bertenaga namun, pecutan terakhirnya gagal untuk memintas pelumba Kanada, Lauriane Genest, yang mengungguli perlumbaan untuk mara ke pusingan 1/16.

Nurul Izzah terpaksa turun beraksi dalam pusingan tersebut selepas tewas kepada pelumba dari Great Britain, Sophie Capewell pada pusingan pertama acara pecut.

BACA LAGI: Rezeki keluar Selangor, Yazan dapat 'offer' kelab bekas bintang Man United

BACA LAGI: Freekick samba Neto bantu Penang raih kemenangan sulung, sebulan cuti punca Perak tumpul

Terdahulu, berjaya melepasi ujian masa dalam pusingan kelayakan acara pecut wanita.

Dia bermula pada giliran ke-15 dan menduduki kedudukan ke-21 dengan catatan masa 10.709 meletakkan dia di belakang pelumba Jepun, Riyu Ohta dengan catatan masa 10.659.

Pusingan kelayakan itu turut menyaksikan 10 pelumba pecut wanita mencipta rekod baik untuk rekod Olimpik mahupun rekod dunia termasuk Friedrich yang merekodkan catatan masa 10.029 saat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram