‘Alhamdulillah semi final baby. Let's go sayang’, suami tak sabar tunggu aksi Dhabitah terjun kolam renang


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Jiggy dan Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April tahun lalu. — Instagram/dhabitah_sabri

SUAMI Dhabitah Sabri teruja menyaksikan aksi penerjun Olimpik itu dalam separuh akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Khamis.

Hantaran itu dibuat Aizat Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin selepas Dhabitah berjaya mara ke pusingan separuh akhir dalam acara tersebut dengan kedudukan tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Jiggy yang juga pelawak turut memuat naik avatar menari bersama kapsyen 'Alhamdulillah semi final baby' sebagai simbol sokongan jauh kepada isterinya, selain 'let's go sayang' dalam hantaran terbaharu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pecah rekod kebangsaan dan peribadi, Azizulhasni-Shah Firdaus gagal ke suku akhir acara pecut

BACA LAGI: Semua pemain kena bangkit, bukan mudah Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik buru emas Olimpik 2028 — Rashid Sidek

story translate

Hantaran yang dimuat naik Jiggy menerusi akaun media sosialnya. — Instagram/jiggymasin

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 28 April tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Terdahulu, Dhabitah memperoleh 283.65 mata selepas lima pusingan di Pusat Akuatik Olimpik Paris pada Rabu.

Penerjun berusia 25 tahun itu dijadualkan beraksi dalam acara separuh akhir 3m papan anjal wanita pukul 4 petang Khamis (waktu Malaysia).

Dhabitah pada masa sama perlu perlu berada dalam senarai 12 terbaik untuk mara ke peringkat akhir dan jika mahu merebut pingat gangsa Olimpik.

Pada temasya edisi lalu di Tokyo, Jepun, Dhabitah hanya menamatkan saingan di tempat keempat secara keseluruhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram