Faisal Halim bakal buat kemunculan khas, sedia kembali beraksi


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Faisal tampil bertopeng semasa kemunculan pertamanya pada Piala FA di Stadium MBPJ pada Sabtu.

PENYERANG Selangor FC, Faisal Halim bakal membuat kemunculan khas pada kejohanan berprestij, Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan Pengerusi dan Pengurus Pasukan Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar pada sesi Majlis Ramah Mesra Pemain-Pemain Pasukan Pilihan Selangor bersama peminat di Pusat Beli Belah Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Memetik laporan Berita Harian, beliau memaklumkan, pemain skuad Gergasi Merah itu sudah bersedia untuk beraksi pada kejohanan itu.

BACA LAGI: Pearly Tan - M. Thinaah gagal genggam pingat gangsa, namun sudah menang hati emas jutaan rakyat Malaysia

BACA LAGI: Meta jamin tiada gangguan siaran langsung 'Himpunan Pembebasan Palestin'

PETALING JAYA, 3 Ogos -- Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim muncul pada sesi panas badan selepas insiden simbah asid pada perlawanan aksi separuh akhir kedua Piala FA Selangor FC menentang Terengganu FC di Stadium Pembandaran Petaling Jaya malam ini.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Faisal disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam Piala FA menentang TFC pada Sabtu sejak menjadi mangsa serangan simbahan asid pada Mei lalu.

"Ini adalah titik permulaan dalam karier Faisal Halim (selepas berehat akibat insiden disimbah asid) dan kita sama-sama hadir berikan semangat yang hebat pada pasukan Selangor, khususnya Faisal Halim," katanya.

Terdahulu, Faisal menghangatkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas membuat kemunculan pertama apabila berada di bangku simpanan buat kali pertama sejak menjadi mangsa serangan simbahan asid pada Mei lalu.

Pemain kebangsaan itu disenaraikan pengendali pasukan, Nidzam Jamil di bangku simpanan untuk aksi kedua Piala FA di MBPJ, Selangor menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram