LIMA kawasan merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga pada pagi Sabtu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi hantaran di Facebook.
Hantaran tersebut memaklumkan bahawa setakat pukul 6 pagi Sabtu, dua kawasan di Semenanjung yang mencatat cuaca panas Tahap 1 meliputi Larut dan Matang di Perak, manakala di Kelantan adalah kawasan Kuala Krai.
BACA LAGI: Gadis 17 tahun bermata coklat hilang sejak Jun, kali terakhir dikesan di Kampung Sungai Ara
BACA LAGI: Bekas menteri, Dr Siti Zaharah meninggal dunia
Selain itu katanya, di Sarawak kawasan mencatat Tahap 1 adalah Bintulu dan Sri Aman.
"Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 iaitu Kota Marudu.
"Cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya.
Menurutnya, bagi orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram