'Kami mahu menang lawan Penang', bintang Perak FC harap 'pemain ke-12' bantu kutip 3 mata penuh


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Sebahagian sesi latihan Perak FC yang pastinya mahu meraih kemenangan dalam aksi berdepan Penang FC. — Facebook/Perakfc

PEMAIN sayap berpengalaman Perak FC, Wan Zack Wan Haikal menggesa agar penyokong The Bos Gaurus (TBG) hadir memenuhi stadium bagi perlawanan derbi Utara menentang Penang FC saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Pastinya kehadiran 'pemain ke-12' Perak mampu membantu skuad kendalian Yusri Che Lah itu untuk meraih kemenangan.

Jika melihat kepada carta liga, kedua-dua pasukan menghuni kedudukan yang kurang memuaskan dan Penang yang berada di tangga ke-10 pastinya mahu mendapatkan kemenangan pertama mereka selepas empat perlawanan Liga Super.

BACA LAGI: Kalau seri sudah memadai, elak bolos sampai 3 gol, pesan Legenda Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mental kau kuat dik', juara cilik badminton terpaksa selfie lepas tak dilayan mahu ambil gambar kenangan

WhatsApp Image 2024-07-13 at 09.35.25

Wan Zack gesa agar penyokong Perak FC hadir memenuhi stadium aksi berdepan Penang. Facebook/Perakfc

Tonggak Perak yang berusia 33 tahun itu sedar bahawa penyokong skuad Seladang ketika ini cukup kecewa dengan kekalahan sebanyak tiga kali kepada Terengganu FC (1-3), PDRM FC (2-3) dan Selangor FC (1-2).

Wan Zack berharap agar penyokong Perak FC datang memberikan sokongan dalam aksi berdepan Penang di Stadium Perak, Ipoh.

“Penyokong mesti faham bahawa kami tidak bermain dengan teruk dalam kekalahan kami. Kami bermain sepenuh hati dan memberikan lawan kami saingan sengit.

"Kami berazam untuk meraih kemenangan menentang Penang dan kami amat memerlukan sokongan daripada peminat.

"Kami akan buat yang terbaik untuk aksi ini dan akan menjadi permulaan untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan seterusnya," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram