Pemain letih, cedera antara sebab Nafuzi mungkin tukar taktikal jinakkan Kijang Emas


  • Podium
  • Khamis, 11 Jul 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Sang Kenari yang pastinya mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super aksi berdepan Kelantan Jumaat ini. — Facebook/KDA FC

MENJELANG perlawanan Liga Super 2024 yang akan bersambung pada Jumaat, Kedah Darul Aman (KDA) FC pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan apabila akan berdepan Kelantan Darul Naim dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah.

Pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air itu dilihat konsisten selepas mengetepikan cabaran Penang FC dengan agregat 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2024.

Susulan kemenangan berharga itu, skuad kendalian Nafuzi Zain akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada separuh akhir Piala FA.

BACA LAGI: [VIDEO] Bimbang keselamatan anak punca Nunez tumbuk fans Colombia, mungkin kena ban beraksi bersama Liverpool

BACA LAGI: Messi Ganu antara 3 pilihan Nafuzi, harapan Sang Kenari benam KDN

WhatsApp Image 2024-07-11 at 15.48.49

Nafuzi (dua kiri) mendedahkan bahawa terdapat beberapa pemain Sang Kenari kini mengalami kecederaan. — Facebook/KDAFC

Pengendali Sang Kenari, Nafuzi berkata, tumpuan pasukan itu ketika ini adalah untuk mengekalkan kemenangan di laman sendiri.

“Kami mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam Liga Super dalam usaha mengukuhkan kedudukan kami dalam carta liga.

“Kami tidak tewas di laman sendiri sejak beberapa bulan lalu dan ini adalah peluang yang baik untuk semua pemain beraksi selepas membina semula kecergasan mereka.

“Faktor kecergasan memainkan peranan penting dalam memastikan kami bersedia untuk berada pada tahap terbaik semula,” katanya.

Begitu, Kedah enggan mengambil mudah cabaran Kelantan walaupun mereka berada di tempat kedua terakhir dalam kedudukan 13 pasukan Liga Super musim ini.

Jika melihat kepada kedudukan liga, Kelantan hanya mempunyai tiga mata selepas bermain empat perlawanan.

Nafuzi turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa anak-anak buahnya kini mengalami kecederaan dan dijangka akan berlaku sedikit perubahan taktikal.

“Ada dua atau tiga pemain yang mungkin letih dan mengalami sedikit kecederaan, saya mungkin akan melakukan beberapa perubahan.

“Kita perlu berhati-hati dengan Kelantan kerana mereka juga mampu mencuri mata," katanya.

Untuk rekod, Kedah meraih dua kemenangan daripada empat perlawanan namun hanya mengutip tiga mata.

Ia berikutan apabila pasukan itu dihukum dengan pemotongan tiga mata kerana gagal menjelaskan sepenuhnya tunggakan gaji untuk 2023. — The Star/LIMTEIKHUAT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram