[VIDEO] 'Mental kau kuat dik', juara cilik badminton terpaksa selfie lepas tak dilayan mahu ambil gambar kenangan


  • Podium
  • Khamis, 11 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan usaha pemain cilik tersebut untuk mengambil gambarnya sendiri.

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang tidak diendahkan orang ramai ketika diminta untuk mengambil gambarnya setelah memenangi satu pertandingan badminton.

Menerusi rakaman video berdurasi 18 saat itu yang dikongsikan oleh Ace Badminton Centre di TikTok, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berada di atas gelanggang bersama pingat, sijil dan dua hamper selepas muncul pemenang pertandingan badminton.

Pemain cilik yang ingin mengabadikan pencapaiannya itu di dalam foto dilihat meminta pertolongan orang di sekeliling untuk membantu sambil memegang telefon pintar miliknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bimbang keselamatan anak punca Nunez tumbuk fans Colombia, mungkin kena ban beraksi bersama Liverpool

BACA LAGI: Messi Ganu antara 3 pilihan Nafuzi, harapan Sang Kenari benam KDN

Lebih menyedihkan adalah reaksi orang ramai di sekeliling yang tidak menghiraukan permintaan pemain cilik itu lalu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengambil fotonya sendiri.

Kanak-kanak tersebut lantas memasang pemasa sambil menyandarkan telefon bimbitnya itu di selipar miliknya sebelum mengambil gambar dengan raut yang gembira meskipun tidak diendahkan orang ramai.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata semangat buat pemain cilik itu dan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar dia menjadi seorang pemain yang berjaya suatu hari nanti.

"Mental kau kuat dik, semoga berjaya dan menjadi pemain badminton negara satu hari nanti," kata Farid.

"Semoga nanti dah besar jadi orang ramai berpusu-pusu nak ambil gambar dengan awak adik, semoga jadi atlet negara yang cemerlang satu hari nanti," kata @Cikda.Along.

"Aku kagum dengan dia ni, berusaha nak simpan kenangan kejayaannya, kesian tengok dia susun hamper, sijil dan raket, tapi tiada siapa sudi nak ambil gambar dia," kata @miaDahlia.

"Semoga adik menjadi juara antara yang pertama menjulang emas di Olimpik nanti, Insya-ALLAH," kata @Iqrar Zahin.

"Kau memang patut juara adik sebab biar pun kau seorang kau tetap berjuang sendiri," kata @DindaOfficial. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram