'Mungkin nak jaga periuk nasi masing-masing, kedudukan Hamidin nampak tak goyah'


  • Podium
  • Khamis, 27 Jun 2024

Hamidin dijangka kekal berada dalam tampuk pemerintahan FAM sehingga kongres yang bakal diadakan pada 2026.

KECAMAN terus dihadapi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang didesak meninggalkan jawatan tersebut secepat mungkin.

Perkara itu bermula susulan kegagalan skuad bola sepak negara, termasuk dalam kalangan pemain muda yang gagal menampilkan aksi terbaik sepanjang tahun.

Tidak cukup dengan itu, Hamidin yang juga memegang jawatan sebagai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia untuk ke temasya Olimpik 2024 berdepan nasib sama berikutan isu corak pakaian rasmi yang tidak menepati cita rasa ramai.

BACA LAGI: Hamidin bakal menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, sudah hubungi Istana Selangor

BACA LAGI: 'Kalau dia tahu betapa susahnya masuk Olimpik', bekas atlet negara kecewa kenyataan Hamidin

WhatsApp Image 2024-06-27 at 8.04.46 PM

Zulakbal menceritakan organisasi persatuan sukan dalam negara yang berbeza.

Tekanan dialaminya tidak terhenti di situ apabila pada Rabu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaannya akan sikap Hamidin yang berdiam diri mengenai hukuman dialami Selangor FC.

Kesemua perkara itu kemudiannya menjadi alasan buat penyokong bola sepak negara untuk mendesak Presiden FAM berkenaan supaya menarik diri daripada arena sukan negara.

Bagaimanapun, saranan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan melihat kepada struktur FAM dan MOM dalam memilih tampuk kepimpinan organisasi.

Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Zulakbal Abd Karim berkata, corak kepimpinan persatuan sukan dalam negara membuatkan tampuk kepimpinannya tidak terusik.

"Berdasarkan struktur organisasi dalam negara, tidak mungkin dia akan terganggu kerana Presiden FAM itu sendiri dilantik ahli atau wakil daripada persatuan atau gabungan.

sadek

Sadek berasakan Hamidin memiliki sokongan padu daripada ahli kongres FAM.

"Sekiranya terdapat satu kelab atau gabungan tidak mahu berbuat demikian, kemungkinan Selangor sahaja. Jadi, melihat kepada struktur, kedudukannya tidak goyang," katanya kepada Majoriti.

Pandangan itu turut diakui pemerhati bola sepak tanah air, Sadek Mustaffa yang menegaskan keputusan pemilihan Hamidin untuk mengemudi FAM memiliki tujuan tersendiri.

"Tak pasti juga kerana dia (Hamidin) memiliki penyokongnya dalam sistem organisasi yang jaga periuk nasi masing-masing dengan ketua yang dipilih. Semuanya ada kaitan dengan kitaran wang dalam organisasi tersebut," katanya.

Hamidin dilantik Presiden FAM pada 2017, menggantikan Tunku Ismail Idris dengan tempoh kepimpinannya bersama badan induk bola sepak negara itu dijangka berakhir tahun depan.

Bagaimanapun, pembaharuan dibawanya dalam dunia bola sepak tempatan membuka peluang buatnya terus kekal semakin cerah, lebih-lebih lagi dengan jawatannya dalam AFF masih kukuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram