Bapa Suhaimi Husin meninggal dunia, selamat dikebumikan di Besut


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Ucapan takziah TFC kepada Suhaimi Husin. — TFC

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) menzahirkan ucapan takziah kepada penjaga gol utamanya, Suhaimi Husin yang kehilangan ayahanda tercinta pada Khamis.

Rata-rata penyokong memberikan ucapan takziah menerusi laman sosial dengan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan solihin.

Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd tidak ketinggalan merakamkan ucapan takziah dan turut mendoakan roh arwah ditempatkan bersama dengan insan yang beriman dan beramal soleh.

BACA LAGI: Selangor turunkan ramai pemain B-23, Nidzam Jamil pernah gilap Azri Ghani dan 2 bintang lain

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’

Bapa Suhaimi dikenali sebagai Husin Samad menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.33 malam Rabu.

"Innalillahiwainnalillahirojiun... sedekahkan al-Fatihah buat ayah saya. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

Suhaimi berkata, Allahyarham bapanya selamat dikebumikan di kampung halamannya di Besut.

"Alhamdulillah ayahanda tercinta saya selamat dikebumikan di kampung Felda Selasih, Besut.

Pada musim ini, penjaga gol itu masih lagi tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan lutut.

Dia juga turut diketepikan daripada panggilan kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun nanti.

Suhaimi yang juga penjaga gol kebangsaan pernah membarisi Harimau Malaya ketika Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram