PENANG FC pastinya tidak lagi mahu sekadar berkongsi mata dalam perlawanan kedua Liga Super musim 2024/2-25 mereka menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Ahad.
Minggu pertama Liga Super menyaksikan skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli hanya mampu membawa pulang satu mata dalam perlawanan menentang Sabah FC selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Oleh itu, kunjungan Terengganu pada Ahad di laman mereka perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak-anak buah Akmal Rizal bagi meneruskan misi mencatat kemenangan pertama pada saingan Liga Super musim ini.
BACA LAGI: Bola jadi lembik lepas sepakan jauh Bergson, Syihan dimalukan bintang pinjaman Selangor
BACA LAGI: Bukit Tambun harapkan ex-Penang uji Kedah, Selangor buat skuad The Jang 'tersedar'
Tidak dapat dinafikan, skuad Sang Penyu mempunyai banyak barisan pemain berkualiti dengan beberapa daripada mereka merupakan tonggak pasukan kebangsaan seperti Safawi Rasid, Azam Azmi Murad dan Akhyar Rashid.
Namun, segala kemungkinan boleh berlaku lagi-lagi jika melihat prestasi Penang FC dalam aksi pramusim dan juga persembahan menentang Sabah baru-baru ini. Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga faktor TFC boleh 'terduduk' menentang Harimau Kumbang.
1) Suasana Bandaraya
Stadium Bandaraya akan memberi kelebihan buat Penang meraih kemenangan menentang TFC. — Facebook/PenangFC
Kelab mana yang tidak gemar beraksi di laman sendiri? Begitu jugalah yang dirasai Penang FC apabila Stadium Bandaraya memberi satu suasana yang boleh mengganggu fokus lawan lagi-lagi selepas mendengar sorakan dari penyokong pasukan tuan rumah.
Rekod musim lepas menentang Terengganu sahaja membuktikan perlawanan di George Town itu membuatkan skuad Sang Penyu bergelut untuk mendapatkan tiga mata penuh dan akhirnya akur dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super 2023.
Musim 2022 pula menyaksikan Penang FC tidak mempunyai masalah mengutip tiga mata penuh apabila meraih kemenangan 3-1 ketika melayan kunjungan Terengganu pada aksi Liga Super tahun tersebut.
Oleh itu, Harimau Kumbang dijangka tidak mempunyai masalah untuk memanfaatkan beraksi di laman sendiri dan perlu membuktikan usaha serta kesungguhan mereka untuk menggembirakan penyokong yang hadir sanggup turun ke George Town itu.
2) Peningkatan kualiti pertahanan Penang
Richmond (dua dari kanan) antara pertahanan Penang FC. — Facebook/PenangFC
Kualiti barisaan pertahanan Penang FC semakin meningkat apabila Sang Badak gagal untuk mencipta sebarang jaringan sekali gus memaksa perlawanan sulung mereka dalam Liga Super mereka berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Pada perlawanan berkenaan, Akmal Rizal meletakkan kombinasi Fairuz Zakaria, Richmond Ankrah, Adib Raob dan ketua pasukan, Rafael Vitor untuk menjaga benteng pertahanan Harimau Kumbang.
Jika pengendali berusia 42 tahun berkenaan sekali lagi menggunakan kombinasi empat pemain itu sebagai kesebelasana utama, ulangan situasi barisan penyerang Sabah 'mati kutu' akan berulang kepada Terengganu.
Dalam kalangan empat bek tersebut, hanya Richmond sahaja yang baru menyertai Harimau Kumbang namun pemain pinjaman Selangor itu tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian bersama Vitor, Fairuz dan Adib.
3) Kejutan dua pemain Pantai Timur
Penyokong mahu menyaksikan Alif Ikmalrizal diturunkan menentang TFC. — Facebook/PenangFC
Memantau media sosial penyokong Penang FC, ramai berpendapat bahawa Harimau Kumbang perlu meletakkan gandingan dua pemain kelahiran Kelantan iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhamad Alif Ikmalrizal.
Dalam perlawanan pertama menentang The Rhinos, Alif Ikmalrizal tidak tersenarai dalam kesebelasan utama mahupun simpanan. Manakala, Nik Akif pula dimasukkan bagi menggantikan Neto Oliveira.
Alif Ikmakrizal sudah menarik hati penyokong apabila pemain berusia 21 tahuh itu memberi persembahan cemerlang pada saingan musim lepas dengan mencetak tiga jaringan gol walaupun kebanyakannya sebagai pemain gantian.
Nik Akif pula seperti hidup semula bersama Penang apabila perpindahannya pada 2022 membuahkan hasil dengan dia sering mendapat watak utama sebagai pemain tengah menyerang Harimau Kumbang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram