LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Isnin mengumumkan bahawa Peraturan Financial Fair Play (FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim 2024/25.
Badan pengelola liga itu mengambil keputusan untuk melaksanakan FFP tersebut ekoran terdapat beberapa kelab yang masih mempunyai masalah kewangan.
Pelaksanaan FFB dijangka mampu membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan pasukan daripada ditimpa masalah kewangan.
BACA LAGI: FFP tidak impak JDT, Selangor dan TFC tapi belum tentu selesai isu tunggakan gaji
MFL pada Isnin mengumumkan akan melaksanakan Peraturan Financial Fair Play dalam saingan Liga Malaysia bermula musim 2024/25. — Facebook/MFL
BACA LAGI: Ex-Kedah, PDRM legakan Aidil Sharin persiap Kuching City
Bercakap mengenai pelaksanaan FFP sekiranya mampu menarik minat penaja untuk menaja sesebuah pasukan, penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berpandangan bahawa ketika ini belum ada potensi pelabur untuk membuat sebarang pelaburan.
"Buat waktu ini saya tidak nampak ada penaja-penaja atau potensi penaja yang melihat FFP ini akan menyakinkan mereka untuk terbabit dalam penajaan," katanya kepada Majoriti.
Malah, Pekan berpendapat bahawa penaja pada situasi ketika ini mahu terlebih dahulu menilai sejauh manakah keberkesanan peraturan FFP itu terhadap Liga M.
"Saya jangka mereka masih lagi dalam situasi 'tunggu dan lihat' dan keyakinan mereka mungkin lebih tinggi selepas berakhir musim ini," kongsinya.
Datuk Pekan Ramli berpendapat bahawa belum ada potensi untuk penaja membuat pelaburan dalam kelab Liga Malaysia meskipun FFP dilaksanakan. — Astro Arena
Bagaimanapun, Pekan berpandangan bahawa sekiranya peraturan FFP berkenaan jelas memberi impak positif kepada Liga M, pastinya banyak penaja yang akan mengambil keputusan untuk menaja pasukan.
"Penaja mungkin akan kembali lebih pro aktif jika permasalahan dalam liga semakin terhapus dan serta yakin bahawa imej mereka turut positif dan bersih jika terbabit sebagai penaja dengan mana-mana pasukan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram