PEMERHATI bola sepak negara, Mohamad Nizaruddin Yusof, menganggap kekalahan 0-2 ketika Malaysia berdepan Oman di gelanggang keramat Harimau Malaya jelas menghadirkan kekecewaan dan kesan yang mendalam terutamanya buat para penyokong tempoh hari, lapor Stadium Astro.
Dia nyata terkilan dengan persembahan yang ditonjolkan dan berasakan satu kerugian kerana tidak dapat mencuri mata ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa.
Nizaruddin berharap pemain yang bermain dengan baik dalam aksi Liga Malaysia perlu diberikan perhatian sepenuhnya kerana mampu menyumbangkan sesuatu yang positif sekiranya dibawa masuk dalam pasukan menjelang dua baki perlawanan lagi.
BACA LAGI: Berjaya kalahkan skuad Jang, kelab Lembah Klang rupanya ada lambakan bintang dari Pantai Timur
Nizaruddin berasakan satu kerugian buat skuad kebangsaan kerana tidak dapat mencuri mata ketika beraksi di laman sendiri. — Stadium Astro
"Perlawanan tempoh hari memang merugikan kerana bagi saya perlawanan di Muscat lebih baik.
"Bermain di laman sendiri jika tidak mendapatkan mata sangat merugikan kerana selepas ini mungkin bakal menghadapi perlawanan sukar.
"Pemain yang menonjol dalam liga wajar dipanggil untuk merubah struktur pasukan ataupun taktikal kerana itu yang pasukan perlukan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram