SEJAK memulakan kariernya di England, nama pemain muda negara, Kobe Jae Chong terus berada di bibir peminat bola sepak tanah air.
Dia yang layak mewakili Harimau Malaya sudah berkali-kali dikatakan bakal menyertai skuad muda negara selepas menunjukkan bakat di Eropah.
Bagaimanapun, setakat ini, pemain berusia 22 tahun tersebut masih belum berada dalam radar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal berentap dalam Piala Asia tidak lama lagi.
Jadi, dengan namanya masih belum berada dalam perancangan pasukan kendalian Juan Torres Garrido, Kobe Jae memilih untuk mengasah lagi bakatnya.
Peluang berkenaan diambil dengan sebaiknya apabila baru-baru ini, pemain kelahiran Birmingham itu menyertai satu pertandingan amatur berkonsepkan bola sepak jalanan.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Richard Chin, Kobe Jae Chong pula 'ambil turn' sarung jersi HM
BACA LAGI: [VIDEO] Kobe Chong 'payung' skil Arif Aiman lepas Richard Chin sarung jersi Harimau Muda
Berdasarkan video yang dimuat naik di rancangan YouTube Top Baller, Kobe Jae menampilkan bakat dengan menunjukkan skil di hadapan lawan dalam situasi 'satu lawan satu'.
Lebih membanggakan lagi, dia kelihatan tidak berdepan sebarang masalah apabila muncul juara pertandingan selepas menundukkan pemain dari Birmingham, Bassit Mandey dengan keputusan 5-1.
Selain membuktikan bakatnya dalam melepasi lawan, Kobe Jae yang kini beraksi untuk Kettering turut berkali-kali menggagalkan percubaan lawannya itu.
Kemenangan terbabit menyaksikannya meraih hadiah berbentuk wang tunai bernilai RM5,981.65 (£1,000) di samping membolehkan nama negara semakin dikenali.
Sekiranya terus berpeluang menaikkan nama, tiada sebab untuk skuad B-23 negara melupakan khidmatnya, lebih-lebih lagi menjelang saingan Piala Asia nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram