[VIDEO] Kobe Chong 'payung' skil Arif Aiman lepas Richard Chin sarung jersi Harimau Muda


  • Podium
  • Sabtu, 18 Nov 2023

Antara aksi Kobe ketika melepasi dua pemain lawan baru-baru ini.

SELEPAS penantian yang agak lama, pemain kacukan England-Malaysia, Richard Chin sah bersama Harimau Muda selepas dia dilihat menjalani latihan bersama skuad kendalian Juan Torres Garrido pada Jumaat.

Menerusi perkongsian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Chin dilihat mengasak Fergus Tierney dalam sesi latihan tersebut.

Khabar angin menyatakan pemain berusia 20 tahun itu sah menyarung jersi Harimau Muda selepas dia menghadiri perlawanan di antara Malaysia dan Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pemain pertahanan Charlton Athletic itu menjadi pemain ketiga yang berpangkalan di luar negara menyertai skuad B-23 kebangsaan selepas Nooa Laine dan Luqman Hakim Shamsudin sebelum ini.

Kebolehannya beraksi di beberapa posisi pertahanan bakal menjadi aset kepada Garrido menjelang saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung pada tahun hadapan.

Richard Chin

Chin (kanan) dilihat berada dalam latihan Harimau Muda pada Jumaat. — Facebook/FAM

Tetapi, FAM mungkin terlepas pandang dengan seorang lagi bakat muda iaitu Kobe Jae Chong yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skuad kebangsaan serta Harimau Muda.

Mungkin 'tidak senang duduk' melihat Chin menyertai Harimau Muda, menerusi Instagram miliknya Kobe mempamerkan skil luar biasa persis Arif Aiman ketika menjaringkan gol buat Redditch United FC.

Menerusi video tersebut, Kobe melepasi dua pemain pihak lawan sehingga berjaya masuk ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan deras.

Selain itu juga, kombinasi di antara Kobe dan rakan sepasukan lain turut disambut baik selepas pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan gol menerusi tampanan mudah.

Jika FAM berjaya membawa masuk Kobe ke dalam pasukan Harimau Muda ataupun senior, ia pasti akan memberikan nilai tambah buat skuad kebangsaan untuk jangka masa yang panjang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram