[VIDEO] Isu 'injury' Yi Fan jadi bualan, fans badminton Indonesia panas hati lihat Pearly-Thinaah singkir gandingan nombor 1 dunia


  • Podium
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik salah seorang beregu China, Yi Fan berdepan situasi cemas dan didakwa mengalami kecederaan. — Twitter

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejayaan terbesar dalam kerjaya mereka apabila menundukkan beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua Seluruh England pada Khamis.

Perlawanan yang yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu menyaksikan Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-15 dunia mencatat kemenangan 22-20, 21-16 untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Untuk rekod, ia merupakan kemenangan pertama Pearly-Thinaah selepas tumpas kesemua lima perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan berharga tersebut, terdapat beberapa penyokong negara jiran iaitu Indonesia yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

BACA LAGI: Aksi berdepan Oman, Safawi Rasid akui ada hikmah dapat 'loan' ke TFC

BACA LAGI: 'Kelab terbuka beri peranan coaching staff tapi...', CEO NSFC jawab isu penamatan kontrak Zaquan Adha

Ia susulan selepas terdapat peminat badminton Indonesia yang mendakwa pasukan negara berjaya meraih kemenangan dengan mudah apabila salah seorang pemain China, Yi Fan mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

"Tidak terkejut Malaysia menang, dari kelmarin kan pemain China itu sudah cedera," kata @faraway.

"Yi Fan cedera tapi jarak skor tidaklah terlalu jauh," kata @salmonn.

Bagaimanapun, tidak kurang juga peminat Indonesia yang mengatakan bahawa kecederaan Yi Fan itu hanya lakonan semata-mata kerana sudah ketinggalan skor.

"Ini memang betul-betul cedera atau mahu ganggu fokus lawan saja? Acting si Yi Fan itu boleh masuk world class," kata @deotadus lantatur.

"Kebiasaan sangat si Yi Fan tu, pura-pura cedera kalau sudah mahu kalah atau ketinggalan," kata @tara.

Susulan kemenangan tersebut, rata-rata penyokong tanah air memuji aksi persembahan yang ditampilkan oleh beregu wanita negara itu.

"Walaupun Yi Fan main agak off sebab kecederaan, namun kredit tetap harus diberikan kepada Pearly-Thinaah. Akhirnya pecah telur ke atas Cheng-Jia," kata @Khuzairie Kahar.

"What a match! Memang nampak mereka ni all out, semoga terus bersemangat next game," kata @nirvana.

Selepas ini, Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto bagi perebutan tiket separuh akhir.

Peluang buat mereka menebus kekecewaan apabila kalah kepada beregu ke-11 dunia itu pada pertemuan terakhir di suku akhir Masters Kumamoto di Jepun pada November tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram