Tak sampai 24 jam selepas aksi tamat, Philippe Troussier kena pecat


  • Podium
  • Rabu, 27 Mac 2024

Sebahagian momen skuad Indonesia meraikan kemenangan berharga ke atas Vietnam. — Agensi

SELEPAS tewas 0-3 di tangan Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa, Ketua Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya itu.

Pengendali kelahiran Perancis yang mengambil alih tugas bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dimaklumkan mengenai keputusan itu susulan kekalahan 0-3 di Hanoi.

Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang masih kecewa dengan keputusan 0-1 pada 21 Mac lalu di tangan Indonesia bertindak menamatkan kontrak Troussier serta-merta.

BACA LAGI: 'Keadaan padang bunuh rentak', Harimau Malaya tempang, janggal di gelanggang sendiri

WhatsApp Image 2024-03-27 at 14.41.45

Philippe Troussier sah dipecat susulan kekalahan 0-3 berdepan Indonesia. — Instagram

BACA LAGI: 'Tak payah melompat-lompat, cari cheap publicity', TMJ nasihat Arif Aiman lepas menang MVP

Ia adalah kekalahan pertama Vietnam di tempat sendiri kepada Indonesia dalam hampir 20 tahun dan penyokong tuan rumah yang marah mendesak supaya pengendali berusia 69 tahun itu dipecat.

Ketua bola sepak Vietnam mengadakan perbincangan dengan Troussier selepas itu dan mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya.

Untuk rekod, sepanjang menggantikan Hang-seo, Troussier mencatatkan keputusan kurang memberangsangkan setelah hanya mencatatkan empat kemenangan dan 10 kekalahan dalam 14 perlawanan.

Pencapaian terbaik Troussier selama satu tahun membimbing pasukan Vietnam adalah membawa pasukan bawah 23 tahun memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Kemboja pada tahun 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram