[VIDEO] Bekas rakan sepasukan sanggup bayar RM5.12 juta bebaskan pesalah jenayah seksual


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Depay (kanan) dan Alves merupakan rakan sepasukan Barcelona semasa kempen 2021/2022. — Agensi

BEKAS bintang Barcelona, Dani Alves meninggalkan meninggalkan penjara di Barcelona, Sepanyol selepas membayar ikat jamin 1 juta euro (RM5.12 juta) yang ditetapkan mahkamah sementara menunggu proses rayuan.

Alves yang juga pemain antarabangsa Brazil itu berada dalam penjara sejak ditangkap pada Januari 2023 atas dakwaan merogol seorang wanita muda di Barcelona pada 31 Disember 2022.

Pemain yang kini berusia 40 tahun berkenaan dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah pada bulan lepas dengan pasukan peguamnya bertindak untuk meneruskan proses rayuan bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Berdasarkan video tular di media sosial, Alves tidak menunjukkan sebarang reaksi tanpa menghiraukan kumpulan wartawan dan penunjuk perasaan ketika meninggalkan penjara Brians 2 di San Esteban Sasroviras dekat Barcelona.

Video of Dani Alves getting released from prison after paying his €1M bond.

byu/oklolzzzzs insoccer

Namun pada Rabu lalu, mahkamah membuat tindakan luar jangka apabila bersetuju untuk membebaskan Alves secara bersyarat jika dia berhasil untuk membayar ikat jamin berkenaan.

Selain perlu membayar wang jaminan RM5.12 juta, bek kanan popular itu juga perlu menyerahkan pasport Sepanyol dan Brazilnya, selain perlu kekal di Sepanyol serta melaporkan diri di mahkamah setiap minggu.

Menarik mengenai wang jaminan berkenaan, Alves difahamkan menerima bantuan kewangan daripada bekas rakan sepasukan di Barcelona semasa kempen 2021/2022, Memphis Depay yang sanggup mengeluarkan RM5.12 juta.

Difahamkan, Alves sebelum ini memang mencari dana untuk membayar ikan jamin berkenaan sehingga dia difahamkan sanggup menjual beberapa asetnya untuk meninggalkan penjara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram