Pemain Vietnam gerun dengan Zaquan Adha, K Rajagopal dedah aura bekas kapten skuad Jang di padang


  • Podium
  • Jumaat, 15 Mac 2024

K Rajagopal menganggap Zaquan Adha miliki karakter dan mentaliti yang luar biasa. — Agensi

BEKAS Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal menyifatkan Zaquan Adha Abdul Radzak mempunyai karakter dan mentaliti tidak mudah berputus asa yang luar biasa ketika berada di atas padang, lapor Stadium Astro.

Pemain yang menaburkan bakti bersama pasukan Negeri Sembilan FC pada musim lalu itu baru sahaja mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun selepas menerima sekeping surat yang menjelaskan bahawa kontraknya tidak dilanjutkan.

Jurulatih itu menjadi antara individu yang mengetengahkan bakat Zaquan ke peringkat lebih tinggi terutamanya ketika kempen Sukan SEA 2009 selepas berjaya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak mengatasi Vietnam 1-0.

BACA LAGI: Aksi berdepan Oman, Safawi Rasid akui ada hikmah dapat 'loan' ke TFC

Zaquan

Zaquan (kanan) sememangnya satu figura cukup ikonik dalam sejarah bola sepak Negeri Sembilan. — Facebook/Negeri Sembilan FC

BACA LAGI: [VIDEO] Isu 'injury' Yi Fan jadi bualan, fans badminton Indonesia panas hati lihat Pearly-Thinaah singkir gandingan nombor 1 dunia

"Sukar untuk mendapat karakter pemain seperti Zaquan kerana dia telah melalui empat kali kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan masih lagi berani untuk bermain bola sepak.

"Dia juga mempunyai kualiti serta semangat kepimpinan yang tinggi dalam pasukan.

"Saya masih ingat ketika Sukan SEA 2009, walaupun dia mempunyai masalah mata tetapi pada perlawanan akhir dia tetap komited untuk bermain.

"Pemain Vietnam takut dengan kelibat dia kerana kesungguhan dan keberanian ketika berada di atas padang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram