Diduga tekanan selesaikan isu gaji KL City, Khalid Samad letak jawatan presiden KLFA


  • Podium
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Khalid sebelum ini dilantik sebagai presiden KLFA dalam kongres ke-32 pada 2019. — Facebook/KLFA

SELEPAS hampir lima tahun mengepalai Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad akhirnya memilih untuk mengundurkan diri dari memegang jawatan sebagai presiden persatuan berkenaan.

Perkembangan terkini itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Fina Nasrom menerusi laman X (Twitter) peribadinya pada Jumaat.

Khalid sebelum ini dilantik sebagai presiden KLFA dalam kongres ke-32 persatuan berkenaan dengan menang tanpa bertanding pada pemilihan kerusi panas itu pada musim 2019.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatan tersebut namun ramai penyokong domestik menduga bahawa bekas Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan tidak dapat menahan tekanan yang sedang menimpa Kuala Lumpur (KL) City FC.

BACA LAGI: Aksi berdepan Oman, Safawi Rasid akui ada hikmah dapat 'loan' ke TFC

WhatsApp Image 2024-03-15 at 18.01.21 (1)

Khalid (tengah) ketika sidang media mengenai masalah gaji pada Februari lalu. — Facebook/FlashSukan

BACA LAGI: Perlis United tak jadi sertai Liga Super?

Skuad Warga Kota sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tunggakan gaji selama dua bulan melibatkan Oktober dan November 2023 sebanyak RM2 juta melibatkan pemain serta kakitangan kelab.

Gara-gara masalah dalaman tersebut, Khalid difahamkan sanggup membuat pinjaman peribadi sebanyak RM300,000 bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Bernard pada November lalu.

Namun, selepas membuat pengorbanan dengan melakukan pinjaman peribadi dan mencari beberapa penaja, masalah tunggakan yang menimpa naib juara Piala AFC 2022 itu masih belum selesai sehingga merencatkan persiapan untuk saingan musim 2024/2025.

Peletakkn jawatan Khalid itu akan menyaksikan KLFA kini sedang mencari individu yang sesuai untuk mengisi 'kerusi panas' persatuan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram