[VIDEO] Samirav Aliyeva bukan wartawan jelita pertama bola ‘hinggap’ di muka ketika siaran langsung TV


  • Podium
  • Isnin, 04 Mac 2024

Tangkap layar ketika muka wartawan wanita itu terkena bola dari para pemain sebelum sepak mula Liga Europa pada 2017.

SETIAP pekerjaan ada cabarannya. Mengambil contoh pengamal media khususnya dalam sukan bola sepak, ia memerlukan kesabaran tinggi untuk melayan sikap para atlet dan ada juga 'cabaran' tepi padang perlu dilalui.

Cabaran yang dimaksudkan apabila mereka perlu bersedia untuk menghadapi insiden-insiden luar jangka seperti jurufoto diserang penyokong kelab bola sepak dan ada juga kemalangan terkena bola ketika bekerja.

Walaupun kemalangan sebegitu rupa jarang berlaku namun ia pernah menimpa seorang wartawan sukan di CBC Azerbaijan yang terkena bola tepat di wajahnya yang jelita sebelum perlawanan Liga Europa UEFA antara Inter Baku menentang Mladost Lucani pada 2017.

Semasa temu bual dengan wakil kelab Baku sebelum perlawanan, muka pengulas wanita CBC Sport, Samirav Aliyeva terkena muka ketika siaran langsung yang dijangka balingan ataupun tendangan dari para pemain sebelum sepak mula.

BACA LAGI: Media Indonesia kecoh JDT berjaya goda CB kelab Itali, bangkit faktor gaji ‘masyuk’ masa pikat Jordi Amat

BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan

Melihat semula video yang kembali tular baru-baru ini, Samirav Aliyeva seakan-akan tersentak seketika selepas insiden berkenaan dan kakitangan pasukan Azerbaijan itu juga sempat memarahi pemainnya.

Usai perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah iaitu pasukan Baku, wartawan jelita itu turut berkongsi keadaan semasanya selepas insiden luar jangka tersebut.

"Saya mengalami sedikit kesakitan di mata saya. Secara umum, semuanya baik-baik saja," katanya kira-kira tujuh tahun lepas di laman media sosial peribadinya.

Dalam pada itu, ia bukan kejadian pertama wartawan wanita terkena bola susulan sebelum ini seorang wartawan penyiaran wanita Sepanyol rebah mengalami kejadian sama sebelum sepak mula perlawanan Valencia menentang Arsenal pada separuh akhir kedua Liga Europe (UEL) pada 2019.

Selain dua kejadian berkenaan, wartawan Sky Sport Jerman juga pernah terkena balingan kuat dari pemain ketika sedang bersiaran langsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram