Prestasi kurang memberangsangkan, Pandelela dan Dhabitah digugurkan daripada Program RTG


  • Podium
  • Khamis, 29 Feb 2024

Nasib dua penerjun negara, Pandelela (kiri) dan Dhabitah (kanan) akhirnya terjawab apabila mereka digugurkan daripada RTG.

NASIB dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri akhirnya terjawab apabila mereka digugurkan daripada Program Road To Gold (RTG).

Penyelaras Jawatankuasa Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media pada Khamis selepas mesyuarat menentukan kedua-dua nasib perenang negara tersebut.

BACA LAGI : Nama tak 'lekat' ke Sukan Olimpik, Pandelela belum mahu bersara lagi

Screenshot 2024-02-29 190928

Pandelela Rinong dan Dhabitah gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. — Agensi

BACA LAGI : Atlet terjun otai perjelas isu 'tangan ghaib', tampil pertahan Pandelela

Keputusan itu dibuat susulan daripada prestasi mereka kurang memberangsangkan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha sekali gus gagal menempah slot ke Olimpik Paris 2024.

Pada masa sama, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara dalam sukan itu layak beraksi di Paris disenaraikan dalam Program RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram