PERLAWANAN sukar dilupakan skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Manchester United apabila jurulatih mereka sendiri, Tom Huddlestone menjaringkan gol kemenangan dalam keputusan 2-1 ketika menentang pencabar Manchester City pada Isnin bagi saingan Liga Perdana 2.
Bekas pemain tengah Tottenham Hotspur dan Derby County, 37, itu muncul dengan matlamat untuk melakar kemenangan buat pasukan muda Red Devils dan ternyata Huddlestone masih berbisa mencetak gol.
Pemain yang didakwa kacukan Malaysia-England, Ethan Wheatley meletakkan Man United di hadapan pada minit ke-35 menerusi hantaran bantuan dari Ethan Williams.
Permainan berubah memihak kepada The Red Devils apabila Huddlestone mencetak jaringan kemenangan pada minit ke-52 dan Stephen Mfuni memberi jaringan saguhati buat skuad The Cityzens pada minit ke-60.
Gol kemenangan Tom Huddlestone yang membantu skuad B21 menang 2-1 ke atas pasukan muda Man City.
Kredit > Media Sosial pic.twitter.com/LEsy2NPlZm
— Majoriti (@majoritionline) February 21, 2024
Ramai penyokong bola sepak dunia hairan bagaimana Hudderstone boleh dimasukkan susulan dia berperanan sebagai jurulatih pasukan B-21 Manchester United.
Huddlestone difahamkan menyertai pasukan B-21 United sebagai pemain dan jurulatih pada 2022 untuk menggantikan Paul McShane dan dapat bermain kerana peraturan yang membenarkan pasukan menurunkan seorang penjaga gol melebihi had umur serta lima pemain melebihi 21 tahun.
Bekas tonggak pasukan kebangsaan England itu juga mampu mewakili pasukan B-21 Man United dalam pertandingan EFL Trophy, selain saingan Liga Perdana 2.
Pemain senior itu memulakan kariernya dengan kelab Derby dan mula dikenali ketika beraksi di Spurs, yang mana dia membuat 209 penampilan, menjaringkan 15 gol untuk pasukan itu.
Dia kemudian menghabiskan empat musim di Hull City sebelum kembali ke Derby pada 2017 dan kemudian kembali ke Hull sebelum berpeluang melatih United pada musim 2022. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram