OKS pernah letak syarat sebelum serap pemain naturalisasi ke Harimau Malaya


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Natxo ketika persembahan pada separuh kedua menentang Bahrain. — Facebook/FAM

KUALITI beberapa pemain disebut-sebut menjadi antara punca Malaysia tumbang 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha, Qatar pada Sabtu.

Antara pemain yang mendapat kritikan keras daripada penyokong bola sepak tanah air ialah Romel Morałes dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Mohamadou Sumareh selain pemain warisan Malaysia-Sepanyol, Natxo Insa.

Seperti sebelum ini, rata-rata penyokong menolak kehadiran pemain warisan ataupun naturalisasi seperti Natxo yang disifatkan tidak bermain bersungguh-sungguh demi lencana di dada.

Malah, sejak pemain naturalisasi diperkenalkan dalam pembangunan bola sepak Malaysia, ramai penyokong meminta agar mencari pemain yang layak dan bukan sekadar ingin melengkapkan senarai pasukan.

Selain penyokong, bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee juga pernah meletak syarat sebelum memutuskan untuk memilih pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Menerusi laporan media pada 2016, Kim Swee tidak menolak kemungkinan kesebelasan utama pasukan kebangsaan terdiri daripada pemain warisan Malaysia namun beliau memberi amaran bahawa pemilihan adalah berdasarkan merit.

BACA LAGI: [VIDEO] Pan-gon sedia jadi 'punching bag', gol minit akhir kecewakan Matthew Davies

WhatsApp Image 2024-01-21 at 12.56.09

Seramai empat orang pemain naturalisasi diturunkan sebagai kesebelasan utama Malaysia menentang Bahrain. — Facebook/FAM

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas dikecewakan HM, beregu negara pula tewas Terbuka India angkara kena smash 'keras' lawan

"Sesiapa yang mempunyai pasport Malaysia layak bermain untuk pasukan kebangsaan. Bagaimanapun, bukan semua boleh menyarung jersi kebangsaan.

"Saya akan memilih pemain berdasarkan merit. Memang bagus untuk mempunyai ramai pemain naturalisasi dalam liga tetapi mereka mesti menarik perhatian saya untuk mendapatkan panggilan kebangsaan.

"Kehadiran pemain naturalisasi bagaimanapun akan memberi motivasi tambahan kepada pemain tempatan untuk melakukan yang lebih baik bersama kelab mereka. Saya perlu melihat pemain naturalisasi beraksi musim depan.

“Mungkin satu hari nanti pemain naturalisasi akan membentuk sebahagian daripada pasukan kebangsaan dengan mereka sebagai tunjang utama,” katanya pada lapan tahun lalu mengenai penggunaan pemain naturalisasi.

Ketika itu seramai sembilan pemain naturalisasi dipetimbangkan Kim Swee iaitu Samuel Somerville, Nick Swirad dan Daniel Ting (semua separuh Inggeris), Curran Ferns, Marco Stefan Petrouski dan Shazalee Ramlee (separuh Australia), Stuart Wark (separuh Scotland), Kevin Gunter (separuh Switzerland) dan Rodney Celvin Akwensivie.

Selain sembilan pemain berkenaan, Darren Lok, Sean Gan Giannelli, Peter Frank Brown, Junior Eldstal, Matthew Davies dan Brendan Gan juga antara bintang naturalisasi yang berada dalam radar Kim Swee ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram