Posting TMJ bikin fans main teka-teki, Leandro Velaquez kembali ke JDT dengan status baharu?


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Leandro antara tonggak utama JDT sejak dia menjadi sebahagian keluarga JDT pada musim 2019. — Facebook/JDT

MUSIM 2024/2025 Johor Darul Takzim (JDT) bermula dengan penuh kejutan apabila mengumumkan berita mengenai pemergian beberapa tonggak utama dan pengendali utama, Esteban Solari turut terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu.

Dalam senarai enam pemain meninggalkan Harimau Selatan, Leandro Velazquez paling sukar untuk dilepaskan penyokong kerana sering tampil dengan persembahan cemerlang dan menjadi nadi pasukan dalam saingan domestik dan luar negara sejak 2019.

Tidak sampai sebulan berita pengguguran Leandro daripada Harimau Selatan, penyokong dihidangkan pula dengan khabar angin mengatakan pemain berkenaan akan kembali ke Iskandar Puteri sebagai status naturalisasi.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 13.40.41

Tangkap layar Insta Story Tunku Ismail.

Desas-desus tersebut mula dibicarakan apabila pemain ke-12 mengaitkan hantaran terbaharu Insta Story pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ baru-baru ini yang menyebut tentang pemain nombor 10.

"Saya rasa anda memerlukan pemain bernombor 10," katanya dan kemudian ditafsir seolah-olah memberi bayangan pemain kelahiran Argentina itu akan hadir sebagai tonggak naturalisasi.

Tafsiran penyokong tidaklah terlalu terpesong apabila sebelum ini ada laporan mengatakan Leandro adalah salah seorang tonggak import dikatakan sudah lengkap proses menjadi pemain naturalisasi negara.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 13.16.07

Tangkap layar komen tafsiran penyokong JDT.

Malah, sebelum ini TMJ turut berharap pemain yang berjaya membantu JDT menjuarai Piala AFC 2015 itu akan menjadi pemain tempatan kerana beliau menyifatkan Leandro antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

"Leandro Velazquez injured buat masa ini, tetapi kerana jasa dia dengan kelab saya jadi saya akan tunggu dia.

"Seberapa lama yang boleh, dan saya harap dia akan jadi local player pada masa akan datang kerana saya rasa dia merupakan top midfielder," katanya dalam Nindia Bola.

Sekiranya Leandro direkrut semula dengan status sebagai bintang naturalisasi, kehadirannya juga boleh memberikan dimensi baharu buat barisan serangan Harimau Malaya memandangkan pemain yang ada ketika ini akan menjadi lebih baik untuk mengukuhkan tempat mereka dalam pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram