PASUKAN gergasi La Liga, Real Madrid tiada masalah untuk menewaskan musuh seteru mereka, Barcelona dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Riyadh, Arab Saudi awal pagi Isnin.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti mendominasi perlawanan dan penyerang Brazil, Vinicius Junior menjadi duri dalam daging buat Barca apabila meledak hatrik pada babak pertama perlawanan.
Satu lagi jaringan Real hadir menerusi Rodrygo yang meledak gol keempat pada minit ke-64, manakala pasukan bimbingan Xavi Hernandez pula meledak gol saguhati dari Robert Lewandowski.
Walaupun Vinicius membantu pasukannya memenangi pertandingan itu buat kali ke-13, namun tingkah lakunya ketika perlawanan berkenaan mendapat kritikan daripada penyokong bola sepak dunia.
BACA LAGI: Lebih berminat ke Man City padam hasrat Ratcliffe bawa bintang Perancis ke Old Trafford
Vinicius: Why does everyone hate me?
Also Vinicius to Barca bench:pic.twitter.com/pFvb1Qq6sW
— Troll Football (@TrollFootball) January 14, 2024
Vinicius dilihat membuat isyarat tangan kurang manis ketika kepada pemain bangku simpanan Barcelona selepas Ronald Araujo dilayangkan kad merah pada perlawanan akhir Piala Super.
Kesengsaraan Barca bertambah apabila Ronald Araujo dibuang padang selepas mendapat kuning kedua dalam perlawanan berkenaan.
Kemarahan memuncak dalam kalangan kedua-dua pasukan selepas Araujo dibuang padang apabila Vinicius dilihat menyindir pemain bangku simpanan Barcelona.
Rodrygo cuba menarik rakan sepasukannya itu namun pemain tengah Barcelona, Fermin Lopez dilihat kurang berpuas hati dan akhirnya menolak penyerang Real Madrid berkenaan.
Xavi tewas empat perlawanan El Clasico menentang Real Madrid dalam tempoh kurang setahun yang menjadikannya sebagai pengurus Barca pertama mencatatkan pencapaian yang tidak diingini dalam tempoh 70 tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram