PEMAIN perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mengesahkan bakal mengambil peluang untuk menyertai skuad kebangsaan menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor bulan depan.
Zii Jia difahamkan sudah menerima jemputan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai BATC dari 13-18 Februari di Shah Alam, Selangor sebagai peluang untuk menunjukkan prestasi cemerlang di tanah air.
Ia adalah berita positif untuk pemain berkenaan memandangkan Zii Jia baru sahaja tewas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Zii Jia tewas kepada pemain China, Lu Guangzu dengan keputusan 21-16, 19-21, 15-21.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ), pemain nombor 11 dunia itu berkata, dia tidak sabar untuk bermain untuk negara sekali lagi dengan menyertai BATC kali ini.
Zii Jia tewas kepada Guang Zu pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa. — Facebook/BAM
"Sukar untuk mendapat peluang kedua, terutamanya peluang untuk bukan sahaja beraksi di Malaysia, malah bersama pasukan negara adalah sesuatu yang tidak boleh disia-siakan.
“Jadi, kami boleh mengesahkan bahawa Lee Zii Jia dan Team LZJ dengan penuh rasa bangga menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia untuk menyertai BATC yang akan datang,” katanya.
Pasukan itu mengumumkan bahawa mereka berkemungkinan akan melupakan Terbuka Jerman dari 27 Februari hingga 3 Mac untuk memberi tumpuan kepada seruan tugasan bersama negara.
"Apabila sihat dan berkemampuan, kami (Lee Zii Jia dan Team LZJ) akan sentiasa menyahut seruan tugas negara. Kami akan membuat beberapa pelarasan, termasuk meninggalkan Terbuka Jerman," jelasnya. — The Star/RAJES PAUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram