MENJELANG perlawanan Piala Asia 2023 di Qatar, pastinya semua penyokong di tanah air akan memberikan tumpuan kepada pasukan kebangsaan yang bakal beraksi di pentas Asia itu.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E dijadual bakal berdepan Jordan pada 15 Januari, Bahrain dan seterusnya Korea Selatan.
Susulan itu, pastinya penyokong tanah air akan memberi tumpuan kepada individu yang bakal menggalas tugas sebagai ketua pasukan di bumi Qatar nanti.
Hal ini kerana, sudah tentu lilitan kapten skuad Harimau Malaya bakal menjadi tumpuan utama kerana ia bukanlah tugas yang mudah untuk dipikul apa lagi melibatkan pasukan di negara Asia.
Cools (kanan) raih undian tertinggi setakat ini untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan. — Facebook/FAM
Seperti yang diketahui, tugas kapten dalam sesebuah skuad bola sepak sememangnya memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan serta tempoh permainan rakan sepasukan dengan pengalaman dimiliki amat ditagih ketika beraksi di atas padang.
BACA LAGI: Bukan sahaja Khuzaimi, bintang JDT, KL City jadi sebutan ramai bakal ke Kedah
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam di laman X, berkongsikan bahawa tonggak pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Matthew Davies dan pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools antara pemain warisan yang bakal memakai lilitan kapten di Qatar nanti.
"Calon kapten! Matt Davies dan Dion Cools, bakal jadi pemain warisan pertama pakai lilitan kapten di pentas Piala Asia selepas Allahyarham Mokhtar Dahari Piala Asia 1976, Soh Chin Ann Piala Asia 1980 dan Kaironnisam Sahabudin Piala Asia 2007," tulisnya.
Dalam perkembangan lain yang dikongsikan oleh Astro Arena di laman X, Cools antara pemain yang meraih undian tertinggi setakat ini untuk menggalas tugas sebagai kapten pasukan nanti.
Selain Cools dan Matt Davies, tonggak Selangor FC, Brendan Gan dan Faisal Halim turut tersenarai sebagai calon kapten Harimau Malaya.
Dalam hantaran tersebut, Cools meraih 53 peratus, diikuti oleh Matt Davies sebanyak 26 peratus manakala Brendan Gan dan Faisal Halim masing-masing mendapat 12 peratus dan sembilan peratus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram