[VIDEO] Seperti kisah Hazwan Bakri, legenda Selangor cedera lepas 10 minit beraksi


  • Podium
  • Ahad, 31 Dis 2023

Hazwan hanya meraih satu penampilan Liga Super musim ini apabila lebih kerap beraksi dalam skuad belia JDT. — Facebook/JDT

NASIB seakan-akan tidaknya menyebelahi bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri apabila tidak berpeluang mewarnai Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Selepas tidak berada dalam perancangan Johor Darul Taksim (JDT), pasukan seperti Sri Pahang FC dan Perak FC difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya untuk saingan akan datang.

Namun, Hazwan difahamkan terpaksa menunggu sehingga sekurang-kurangnya pertengahan musim untuk kembali beraksi dan sekali gus ekoran mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Situasi itu difahamkan dialaminya dalam aksi penutup Liga Super 2023 menentang Penang FC di laman sendiri apabila dia terpaksa berehat di tepi padang selepas hanya sempat beraksi selama tujuh minit

Jalan cerita Hazwan ini juga pernah dialami oleh bekas penjaga gol legenda Selangor, Azlisham Ibrahim mewakili veteran Selangor dalam Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam pada 27 September 2014.

Memetik laporan media, Azlisham hanya sempat beraksi selama 10 minit perlawanan sebelum dia disahkan mengalami patah tulang bahu kanan selepas bertembung dengan pemain Singapura V. Sundramoorthy.

“Saya tidak sabar untuk bermain dengan baik tetapi malangnya saya cedera apabila cuba menumbuk lintang tetapi selepas berbuat demikian, saya bertembung dengan Sundramoorthy.

“Ia adalah percubaan pertama saya untuk mengeluarkan bola daripada situasi berbahaya dalam perlawanan itu. Terus terang, ia adalah kecederaan serius pertama saya. Saya tidak pernah mengalami kecederaan serius sepanjang kerjaya profesional saya.

“Saya telah dinasihatkan untuk tidak bermain perlawanan selama lima bulan. Sudah tiga bulan sejak operasi dan setakat ini keadaan kelihatan baik. Saya sepatutnya bersedia untuk Piala Sultan Selangor tahun depan," katanya kira-kira sembilan tahun lalu.

WhatsApp Image 2023-12-31 at 16.54.41-2

Azlisham ketika bersama Selangor FC.

Bekas penjaga gol kebangsaan yang memenangi tiga pingat Piala Malaysia bersama Selangor itu pernah menjadi jurulatih penjaga gol untuk PDRM.

Susulan kecederaan yang dialamainya itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur Piala Sultan Selangor ketika itu, Tan Sri Abd Karim Munisar menyerahkan cek RM5,000 kepada penjaga gol berkenaan dan membayar untuk pembedahannya serta bil perubatan lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram