[VIDEO] Penjaga gol simpanan lama ’sembunyikan kuku', ledak gol padu lepas dapat peluang


  • Podium
  • Ahad, 31 Dis 2023

Tangkap layar momen Adams mencetak gol untuk pasukannya.

BUKAN ketangkasan menangkap bola namun seorang penjaga gol simpanan di liga divisyen kedua Scotland mencuri perhatian penyokong bola sepak dunia apabila mencetak jaringan padu buat pasukan.

Demikianlah situasi menakjubkan yang dihasilkan penjaga gol kedua pasukan Arbroath FC, Ali Adams apabila mencetak satu jaringan buat pasukannya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Adams pada mulanya diletakkan sebagai penjaga gol gantian untuk pasukan yang bertanding di Kejuaraan Scotland itu tetapi nasibnya berubah apabila pengendali kelab, Jim McIntyre menyuruhnya beraksi di bahagian depan.

Memetik laporan dari SportBible, Arbroath hanya mempunyai empat pemain gantian di bangku simpanan dan sudah menggunakan tiga daripada mereka akibat kecederaan pada masa babak kedua bermula.

Apabila pemain pertahanan, Aaron Steele mengalami kecederaan dan ketika saat genting itulah pihak kejurulaltihan memanggil Adams sebagai penyerang untuk Arbroath pada minit ke-53.

Arbroath yang pada awalnya ketinggalan 2-0 pada minit ke-61 berhasil menyamakan kedudukan menerusi jaringan Adams pada minit ke-78 dan sepakan penalti dari Leighton McIntosh.

Pemain berusia 32 tahun itu difahamkan tidak bermain sepanjang musim namun kemampuannya yang mencuba melakukan rembatan kira-kira dari jarak 30 ela membuatkan penyokong memuji Adams.

Gara-gara jaringan padu dari Adams itu, penyokong Arbroath juga mula berpendapat bahawa pemain itu sebenarnya lebih sesuai di bahagian serangan dan bukannya menjadi benteng terakhir pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram