SEPERTI belum berakhir, kontroversi Grand Theft Auto (GTA) 6 sekali lagi mencuri tumpuan peminat permainan video dalam talian.
Lawrence Sullivan atau dikenali dengan panggilan Florida Joker itu mencuri tumpuan selepas menyiarkan videonya di media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di Twitter, Florida Joker mendakwa bahawa paras rupanya digunakan dalam satu watak permainan video.
Dalam video itu juga, Florida Joker menuntut RM23 juta daripada Rockstar Games kerana menggunakan rupanya untuk watak dalam permainan video GTA 6.
Difahamkan, Florida Joker akan mengambil tindakan undang-undang selepas 11 Januari 2024 bersamaan tarikh lahirnya sekiranya pihak Rockstar Games masih tidak mengendahkan permintaanya itu.
Kontroversi GTA 6 bermula pada 9 Disember lalu apabila Sullivan menuntut RM9 juta daripada Rockstar kerana menggunakan penampilannya untuk watak dalam permainan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram