Bekas penyerang Selangor dedah tak suka Brendan Gan


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Brendan dan Sean berganding pada musim 2017 hingga 2021 untuk Gergasi Merah. — Facebook/SelangorFC

BEKAS pemain Selangor FC, Sean Selvaraj mengakui mempelajari banyak perkara daripada pemain senior seperti tonggak tengah, Brendan Gan ketika menyarung jersi Gergasi Merah pada musim 2017 hingga 2021.

Sean yang kini bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) itu sempat bergandingan bersama ketua pasukan Gergasi Merah berkenaan pada musim 2020 hingga 2021 sebelum memutuskan untuk menyertai skuad Jang pada tahun lepas.

Menerusi wawancara dalam rancangan Bola Itu Life, penyerang sayap berkenaan dalam berseloroh berkata, bahawa dia tidak menggemari Brendan tetapi mengakui amat rapat dengan pemain warisan negara itu.

"Saya tidak suka Brendan Gan -- gurau-gurau. Brendan seorang pemain yang amat rapat dengan saya. Dia banyak membantu saya.

"Benar, kita tidak boleh nafikan dia memiliki satu perwatakan yang amat kuat. Dia sudah melalui dua atau tiga kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) dan barah tetapi masih dapat bangkit,” katanya.

WhatsApp Image 2023-12-29 at 19.55.16-2

Sean musim ini tampil dalam 12 aksi Liga Super untuk skuad Jang. — Lensa Ayid

Pemain berusia 27 tahun berkenaan juga berkongsi pernah mendedikasikan jaringan golnya kepada Brendan yang ketika itu sedang diuji dengan kanser testis.

Sementara itu, beberapa pemain Selangor pula memilih untuk membotakkan kepada sebagai tanda solidariti kepada tonggak kebangsaan berkenaan.

"Ketika di Selangor, ada satu ketika saya menjaringkan gol ke atas Penang dan saya dedikasikan jaringan itu kepadanya.

"Kerana sebenarnya ada beberapa pemain membotakkan kepala sebagai tanda sokongan kepada Brendan dan saya sudah berjumpa dengannya untuk memberitahu saya tidak boleh botakkan kepala saya kerana ia akan kelihatan pelik.

"Tetapi saya katakan kepadanya jika saya dapat menjaringkan gol, saya akan dedikasikan jaringan itu buatnya," kongsinya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram