[VIDEO] Pernah tembusi gawang JDT, Terengganu dikhabar selamatkan nasib ubi muda TRW


  • Podium
  • Selasa, 26 Dis 2023

Sebahagian besar pemain Kelantan musim ini mendapat tawaran daripada pasukan Liga Super. — Facebook/sportsrepvblic

KHABAR angin perpindahan musim ini bukan hanya dimeriahkan dengan pasukan utama, malah skuad simpanan turut tidak melepaskan peluang menyalin wajah baharu bagi saingan lebih mencabar pada musim depan.

Juara edisi sulung saingan Piala Malaysian Football League (MFL), Terengganu FC II (TFC II) juga antara pasukan yang sedang membuat perancangan awal untuk membawa masuk beberapa pemain baharu.

Seperti yang dilaporkan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam menerusi platform X, skuad simpanan Sang Penyu itu difahamkan berhasil merekrut pemain muda Kelantan FC, Khalaif Naskam.

“Salah seorang pemain yang berjaya menembusi gawang JDT (Johor Darul Takzim) musim in, Khalaif Naskam difahamkan jadi rekrut baru Hai-O (Hairuddin Omar) untuk skuad Terengganu II,” tulisnya.

Penyerang berusia 21 tahun itu pernah membuat kejutan apabila Khalaif berjaya menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias untuk gol tunggal Kelantan dalam perlawanan yang menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) tewas 1-5 pada aksi Liga Super.

WhatsApp Image 2023-12-26 at 18.21.10

Khalaif musim ini mencetak satu gol dan satu hantaran bantuan dalam 13 aksi Liga Super. — Facebook/sportsrepvblic

Khalaif antara pemain muda dipertaruhkan oleh Kelantan dan kesungguhan yang dipamerkan pemain itu sedikit sebanyak memberi sedikit kelegaan kepada penyokong walaupun diketahui skuad Pantai Timur itu mengalami musim buruk pada tahun ini.

Keputusan Hairuddin membawa masuk Khalaif, ia secara tidak langsung boleh menyelamatkan kelangsungan karier ubi muda berkenaan yang sebelum ini menerima nasib kurang baik di Kelantan FC.

Akibat masalah gaji di kem Kelantan, Khalaif antara pemain skuad TRW yang berhasil menyelamatkan diri dengan menerima tawaran daripada pasukan lain pada musim depan.

Masa depan Khalaif dijangka lebih kukuh bersama kelab yang jauh lebih stabil seperti Terengganu dan namanya sebagai penyerang boleh melonjak di bawah sentuhan Hairuddin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram