KEMALANGAN adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan baik dalam kehidupan seharian ataupun ketika bersukan.
Perkara tersebut sememangnya tidak boleh dielakkan kerana seperti kata pepatah Melayu, malang itu tidak berbau.
Itulah yang berlaku ketika sebuah kejohanan tenis terkemuka dunia iaitu Roland Garros. Dalam pusingan awal, sebuah pasangan beregu telah dinafikan penyertaan mereka kerana sebuah insiden tidak dijangka-jangka.
Pasangan beregu Aldila Sutjiadi bersama Miyu Kato telah dinafikan untuk menamatkan perlawanan mereka di kejohanan Grand Slam tersebut selepas mereka secara tidak sengaja telah memukul bola ke arah ball girl.
Bola yang dipukul Kato dalam kelajuan tinggi itu tepat mengenai seorang ball girl di leher. Kejadian tersebut berlaku selepas Sutijiado dan Kato melakukan unforced error sekali gus memberikan mata kepada lawan mereka iaitu Marie Bouzkova dan Sara Sorribes Tormo.
Gandingan Bouzkova-Tormo itu kemudiannya menyedari yang ball girl tersebut sedang menangis kesakitan. Ia turut disedari oleh umpire perlawanan yang kemudiannya memberikan amaran terhadap gandingan Sutjiadi-Kato atas perbuatan tidak bersemangat kesukanan tersebut.
Namun begitu, segalanya berubah selepas Bouzkova dan Tormo memberitahu umpire tersebut yang ball girl itu berada dalam keadaan yang baik serta begitu terkesan dengan insiden tersebut.
Lantas, umpire tersebut membuat keputusan untuk menarik balik amaran itu lalu menghukum Sutjiadi-Kato dengan membatalkan terus penyertaan mereka.
Walaupun mereka pergi ke ball girl tersebut dan meminta maaf dan memeriksa keadaannya, tetapi itu tidak menghalang daripada umpire untuk membatalkan penyertaan Sutjiadi-Kato.
Keputusan tersebut nyata mengejutkan kerana insiden bola terkena ball girl atau ball boy bukanlah perkara baharu dalam sukan tenis. Dan kerana itu, pasangan Sutjiadi-Kato begitu kecewa hinggakan menangis kerana pembatalan penyertaan mereka tersebut.
Sebelum ini, pemain-pemain tenis ternama seperti Rafael Nadal dan Novak Djokovic pernah secara tak sengaja terpukul bola kepada ball boy dan ball girl. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram