'Laser' kaki kiri Osmar Barba mampu bawa Sang Kenari terbang tinggi


  • Podium
  • Jumaat, 22 Dis 2023

Osmar Barba dijangka bakal menjadi nadi kekuatan pertahanan Kedah. — Agensi

PASUKAN Kedah Darul Aman FC dilihat agak senyap dari segi cerita untuk mendapatkan pemain baharu bagi musim 2024/2025.

Namun begitu, timbul satu perkhabaran mengatakan yang Kedah kini bersedia untuk membawa pemain pertahanan baharu bagi menguatkan skuad mereka.

Osmar Barba, pemain pertahanan dari Sepanyol disambar oleh Kedah daripada kelab Korea Selatan iaitu FC Seoul. Cerita itu mendapat perhatian hebat di Korea Selatan kerana status Osmar sebagai legenda dalam saingan K-League.

Tapi siapakah sebenarnya Osmar ini? Apakah corak permainannya? Majoriti akan merungkai sedikit sebanyak info ringkas mengenai pertahanan tengah baharu Kedah:

Jeneral di padang

Osmar dianggap sebagai pemain berkualiti tinggi serta legenda di K-League kerana faktornya setia bersama-sama Seoul untuk 10 musim.

Dia memilih untuk beraksi di Malaysia kontraknya tidak lagi disambung kelab tersebut. Walaupun Kedah tidak membelinya daripada Seoul, tetapi Sang Kenari sebenarnya berhasil mendapatkan seorang pemain pertahanan berkualiti.

Osmar yang kini berusia 35 tahun, meninggalkan Seoul sebagai seorang ketua pasukan kepada kelab tersebut. Walaupun sudah berada pada fasa 'veteran' untuk pemain profesional, tetapi Osmar masih lagi dianggap sebagai nadi pertahanan Seoul apabila melakukan 31 penampilan dalam K-League.

Sebagai rekod, jumlah penampilan tersebut menyaksikan Osmar beraksi sekitar 82 peratus perlawanan bersama Seoul kerana K-League merupakan liga dengan 38 aksi semusim.

Kedah berjaya mendapatkan seorang pemain yang mempunyai kualiti kepimpinan kerana Osmar adalah kapten yang dihormati dalam kalangan pemain-pemain Seoul. Ia akan memberikan manfaat kepada Sang Kenari untuk menjadi pasukan yang lebih stabil berbanding musim ini.

'Laser' di kakinya

Bercakap mengenai kualiti dan corak permainannya, Osmar dianggap sebagai pemain yang mempunyai kualiti sebagai pemain pertahanan yang cukup baik.

Namun bukan sekadar kualiti pemain pertahanan yang dimiliki Osmar, tetapi dia turut mampu menjadi pemain bola sepak moden yang baik.

Hal ini kerana, Osmar dianggap sebagai ball-playing defender yang berkualiti. Ketenangan mengawal bola dan menjadi sebahagian daripada proses build-up serangan Kedah daripada bawah membolehkan Osmar melakukan hantaran tepat bak tembakan laser kepada rakan sepasukan di bahagian atas.

396537215_18392626024038307_6500038247582433797_n

Osmar merupakan ketua pasukan FC Seoul. — Facebook/FC Seoul

Jelas sekali, Osmar merupakan pemain pertahanan yang dimahukan oleh Nafuzi Zain kerana kecenderungan bermain dari bahagian bawah untuk memulakan serangan.

Selain itu, Osmar juga dianggap sebagai pemain yang tiada masalah melakukan percubaan dari jarak jauh. Di kakinya, terdapat roket yang mampu menggegarkan jaring lawan apabila diperlukan.

Pasangan sesuai untuk Bojan Ciger

Osmar dilihat mampu menjadi pasangan pertahanan yang baik buat Ciger yang sudah sedia teguh di benteng Kedah.

Memandangkan Ciger merupakan pemain berkaki kanan dan Osmar berkaki kiri, ia ibarat melengkapi antara satu sama sekali gus akan menguatkan pertahanan Kedah.

FC Seoul (KOR) vs Kedah FA (MAS) during their AFC Champions League 2020 Play-off East match at the Seoul World Cup Stadium on 28 January 2020, in Seoul, Korea Republic. Photo by Victor Fraile / Power Sport Images

Osmar (tengah) merupakan legenda FC Seoul dengan beraksi selama 10 musim. — AFC

Osmar turut dianggap sebagai pemain pertahanan yang 'bersih' kerana dia kurang mengutip kad kuning, jadi itu adalah nilai tambah yang sangat besar untuk Kedah kerana Nafuzi tidak perlu risau pasukannya akan sering 'makan' kad ketika beraksi.

Gandingan Osmar-Ciger pastinya menarik untuk disaksikan. Sekiranya, kena caranya, tidak mustahil benteng Kedah akan lebih teguh musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram