[VIDEO] Gara-gara skil luar biasa, Arif Aiman Jepun kena tarik sampai baju nak terkoyak


  • Podium
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Corak permainan Kubo boleh disamakan dengan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi. — Agensi

PEMAIN kebangsaan Jepun, Takefusa Kubo menjadi sasaran pertahanan Cadiz CF dalam perlawanan La Liga yang berakhir 0-0 di Stadium Nuevo Mirandilla, Sepanyol pada awal pagi Jumaat.

Kubo yang mewakili Real Sociedad bermula sebagai kesebelasan utama pasukan selepas menampilkan aksi cemerlang musim ini dengan menjaringkan enam gol serta empat 'assist' dalam 24 perlawanan terakhir.

Dalam perlawanan itu, pemain tengah Cadiz CF, Ruben Alcaraz dilihat tidak berpuas hati dengan aksi lincah yang dipamerkan oleh Kubo itu.

Kubo yang beraksi di posisi sayap kanan, kerap kali melepasi Alcaraz dengan mudah sekali gus membuatkan pemain berusia 32 tahun itu berang.

Alcaraz bertindak menghalang pergerakan Kubo dengan memeluknya lalu menarik baju dan menolaknya hingga jatuh ke atas tanah.

Tindakan bekas pemain Girona FC itu menyebabkan jersi Kubo nyaris terkoyak akibat tarikan yang terlalu kuat itu.

Bukan sahaja menarik jersi, Alcaraz juga menumbuk perut Kubo sehingga menyebabkan pemain muda Jepun untuk jatuh mengalami kesakitan.

Corak permainan Kubo boleh disamakan dengan bintang muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Kubo akan menyertai pasukan kebangsaan Jepun untuk membantu skuad kendalian Hajime Moriyasu menjuarai Piala Asia 2023, Qatar pada tahun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram