BEKAS penyerang Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez memilih untuk menyertai Inter Miami bagi mengharungi kempen Liga Bola Sepak Utama (MLS) 2024.
Kelab Miami yang dimiliki oleh David Beckham itu menawarkan perjanjian selama setahun untuk bintang antarabangsa Uruguay itu.
Ia sekali gus bakal melihat gandingan bekas rakan sepasukan Barca iaitu Lionel Messi, Jordi Alba dan Sergio Busquets.
Suarez merekodkan 26 gol dan mencipta 17 bantuan jaringan untuk membantu Gremio. — Agensi
Perkara itu disahkan benar selepas satu hantaran Miami dibuat di laman sesawang rasmi mereka.
“Inter Miami CF telah menandatangani pemenang Liga Juara-Juara UEFA, Piala Kelab Dunia FIFA dan pemenang Copa America Conmebol dan juara LaLiga sebanyak lima kali, Luis Suarez, sepanjang 2024,
" tulisnya.
Untuk rekod, Suarez merupakan pemain dan penyerang terbaik dalam kancah Brazil musim ini apabila menyumbat 26 gol dan mencipta 17 bantuan jaringan untuk membantu Gremio memenangi liga serantau dan kejuaraan berganda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram