KEHADIRAN pemain yang cukup berkualiti dalam sesebuah pasukan seperti bulan jatuh ke riba apatah lagi individu itu memberi impak dalam membantu skuad melakar keputusan memberangsangkan.
Pada masa sama, kehilangan watak penting seperti itu dalam pasukan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam selain akan merencatkan corak permainan skuad tersebut.
10 tahun lalu, bekas Ketua Jurulatih Selangor FC, Irfan Bakti berdepan detik cemas selepas pemain berkualiti pasukan itu memilih untuk menyertai pasukan lain.
Syafiq Rahim, nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak pernah mengejutkan penyokong Gergasi Merah selepas memilih untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT) musim 2013.
Sebelum berhijrah ke JDT, Syafiq pernah menabur bakti bersama Selangor. — Agensi
Irfan Bakti dilaporkan berkata, belum menemui calon yang sesuai untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Syafiq ketika itu.
Meskipun sudah membawa masuk dua pemain ketika itu iaitu S. Veenod dan Abdul Shukor Jusoh, Irfan bagaimanapun dilaporkan berkata, kedua-dua mereka masih belum membuat rekod dalam perlawanan berikutan masih menyesuaikan diri ketika itu.
Untuk rekod, sebelum pengenalan Liga Super pada 2004 lagi, dia sudah mengecap kejuaraan liga Divisyen Satu bersama Pulau Pinang pada 2001, disusuli kejayaan menjulang Piala FA pada tahun berikutnya.
Di samping itu, dia pernah melatih Pulau Pinang (naib juara Piala FA 2000), Telekom Melaka (naib juara Liga Super 2006), Persipura FC (naib juara Liga Indonesia 2007), Perlis (naib juara Liga Super 2009), Selangor (naib juara Liga Super 2012) dan Felda United (naib juara Liga Super 2016). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram