[VIDEO] Tchetche Kipre beri bayangan ikut bekas jurulatih musim depan


  • Podium
  • Jumaat, 22 Dis 2023

Musim ini, Kipre menjaringkan 11 gol dan empat 'assist' dalam 25 penampilan bersama skuad kendalian Nenad Bacina.

BEKAS penyerang Kuala Lumpur City FC (KL City), Tchetche Kipre belum bersedia untuk meninggalkan Liga Malaysia (Liga M) dan hampir pasti menyertai sebuah lagi pasukan Liga Super untuk saingan musim depan.

Jika ia menjadi kenyataan, maka ia akan menjadi musim kelapan penggempur kelahiran Ivory Coast di sini sejak menyertai Terengganu FC pada 2017, lapor Stadium Astro.

Dengan tidak menyambung kontraknya bersama KL City, Kipre mengakui faktor keluarganya yang sudah selesa tinggal di negara membuka hatinya untuk terus beraksi pada usia 37 tahun.

Kipre dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bergabung semula dengan bekas ketua jurulatihnya dalam Liga M sebelum ini.

Musim ini, Kipre menjaringkan 11 gol dan empat 'assist' dalam 25 penampilan bersama skuad kendalian Nenad Bacina.

Sejak menyertai Liga M, Kipre pernah menyertai tiga buah pasukan iaitu Terengganu, Kedah Darul Aman FC dan KL City.

Pemain berusia 37 tahun itu pernah duduk di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, Nafuzi Zain dan Aidil Sharin Sahak.

Dua daripada mereka kini sedang mengendalikan pasukan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram