THE Malaysian Book of Records (MBOR) mengiktiraf persembahan cahaya dalam sambutan sedekad dominasi Liga Super anjuran Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Johor Bahru baru-baru ini sebagai acara yang menyaksikan penggunaan dron terbanyak iaitu 1,010 unit.
Pemilik kelab JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas.
Sambutan itu diraikan secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim sempena sedekad dominasi skuad JDT dalam Liga Super.

Drone yang digunakan itu menghiasi langit Johor Bahru pada Sabtu lepas. — Facebook/JDT
Ia sebagai simbolik kepada pencapaian luar biasa Harimau Selatan itu yang menyaksikan sejumlah 33,169 penyokong hadir pada perlawanan akhir JDT menentang Penang FC.
JDT menamatkan aksi terakhir Liga Super dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.
Kemenangan itu turut menyaksikan JDT merekodkan gol ke-100 pada liga musim ini selepas mengesahkan kejuaraan pada September lepas. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
