SATU aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dinanti-nantikan pada awal pagi Ahad apabila dua pasukan teratas, Liverpool dan Arsenal bakal bertemu di Stadium Anfield.
Masing-masing yang kini hanya dibezakan dengan satu mata di persada liga selepas 17 perlawanan pastinya mahu meraih kemenangan dalam pertemuan cukup hangat itu.
Orang ramai pastinya melihat skuad kendalian Jurgen Klopp mempunyai kelebihan untuk aksi tersebut berdasarkan rekod di tempat sendiri mereka musim ini.
Selain itu, skuad The Gunners yang mengalami kekalahan kepada Aston Villa baru-baru ini memberi suntikan motivasi buat tuan rumah untuk membawa pulang tiga mata penuh.
Namun, berdasarkan pemerhatian antarabangsa, ramai berpendapat pasukan bimbingan Mikel Arteta juga mempunyai peluang untuk mencipta kejutan.
Pertembungan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri musim lalu. — Agensi
Penyingkiran mereka daripada saingan Piala Liga di tangan West Ham United awal November lalu menyaksikan mereka mempunyai tempoh rehat lebih lama berbanding Liverpool.
Skuad The Reds sebaliknya dijadualkan perlu menempuhi perlawanan dalam pertandingan terbabit dengan pasukan terbabit akan berdepan kelab dari London itu pada Khamis ini.
Tempoh rehat terbabit membolehkan beberapa tonggak Arsenal berada di tahap kecergasan terbaik, termasuk Jorginho yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan.
Tambahan pula, laporan media antarabangsa turut mengatakan pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch tidak akan dapat diturunkan untuk aksi berkenaan.
Dia yang diletakkan dalam kesebelasan utama ketika aksi EPL berdepan Manchester United baru-baru ini dikeluarkan pada minit ke-61 selepas dilihat mengalami kekejangan otot paha.
Pertembungan pada musim lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan gol daripada Arsenal dijaringkan Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus sementara Mohamed Salah dan Roberto Firmino muncul wira buat skuad The Reds. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram