Legenda coach Selangor pernah tegur 'attitude kelaut' punca B-23 gagal Sukan Sea


  • Podium
  • Isnin, 18 Dis 2023

Reaksi pemain Malaysia selepas kalah 1-3 di tangan Kemboja. — Facebook/FAM

PASUKAN Bawah 23 Tahun (B-23) negara dijadual menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 sebagai persiapan kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar pada Januari 2024.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 24 pemain B-23 yang dipanggil oleh pengendali pasukan, Juan Torres Garrido untuk mengikuti sesi latihan pusat pada 19 hingga 27 Disember 2023 ini.

Persiapan yang dilakukan oleh barisan staf kejurulatihan itu diharap dapat memberi saingan sengit kepada pesaing dalam Kumpulan D dengan Malaysia akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2024.

b23

Senarai pemain B-23 dipanggil ke kem latihan skuad kendalian Juan Torres. — Facebook/FAM

Selain daripada persiapan memperkuatkan pasukan, mempunyai sikap yang baik juga antara faktor boleh membantu skuad B-23 negara memperoleh kejayaan di persada Asia ataupun kejohanan antarabangsa.

Menyentuh semula mengenai keperluan mempunyai tingkah laku yang baik dałam diri seorang pemain, bekas Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), mendiang B. Sathianathan pernah menegur perkara tersebut ketika saingan Sukan SEA Filipina pada 2019.

Memetik laporan media pada 2019, legenda jurulatih Selangor itu berkata, tidak ada gunanya mempunyai pasukan yang penuh dengan pemain berbakat tetapi dengan sikap buruk.

Pandangan Sathianathan dipercayai timbul susulan kegagalan pasukan B-23 negara pada Sukan SEA Filipina 2019 adalah berpunca daripada sikap pemain seperti kurang bersemangat.

Ketika itu, Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan selepas hanya berjaya menduduki tempat keempat dalam Kumpulan A yang lebih mudah mendahului Timor Leste tetapi di belakang Myanmar, Kemboja dan Filipina.

Skuad tersebut dibarisi termasuk tujuh pemain senior, yang sebelumnya bermain untuk pasukan senior negara semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023.

WhatsApp Image 2023-12-18 at 15.35.36

Antara barisan pemain ketika Sukan SEA 2019. — Facebook/FAM

"Pemain boleh mempunyai apa jua alasan tetapi bermain untuk negara adalah penghormatan terbesar dan mereka mesti memperjuangkannya dan mengambilnya dengan serius.

"Saya melihat ini sebagai isu sikap, pemain Malaysia tidak menunjukkan kesungguhan ketika bermain,” katanya pada media kira-kira empat tahun lalu.

Sathianathan menegaskan bahawa pemenang Sukan SEA Vietnam juga mempunyai sejumlah besar pemain dari pasukan senior mereka, yang telah melalui musim yang panjang tetapi mereka bermain dengan berani.

"Vietnam juga mempunyai pemain senior tetapi mereka berjuang untuk emas, jadi saya tidak fikir isu itu adalah keletihan,” jelasnya.

Selain sikap acuh tak acuh tak acuh barisan pemain B-23 ketika itu, Sathianathan menambah bahawa sikap pentadbir sukan dan orang ramai juga perlu diubah kerana lebih menetapkan pingat emas kepada atlet tanah air.

"Semua orang mahu pingat emas, yang tidak salah tetapi ada kalanya kita perlu melihat gambaran yang lebih besar.

“Sebagai contoh, barisan kedua Indonesia bertanding dalam pertandingan badminton individu Sukan SEA kerana pemain mereka yang mantap bertanding dalam kejohanan lain. Sukan SEA akhirnya menjadi pendedahan yang baik untuk anak-anak muda mereka.

“Saya secara peribadi merasakan Sukan SEA tidak sepatutnya menjadi penanda aras kita, kita perlu melihat pertandingan di peringkat AFC. Sepatutnya kita hantar skuad Bawah 19 tahun kita untuk bertanding di Sukan SEA, baguslah untuk persiapan mereka ke kejohanan AFC Bawah 19 tahun depan.

“Tetapi pentadbir sukan dan orang ramai tidak akan menerimanya, mereka hanya mahu pingat emas dan semua orang gembira.

"Kita perlu beralih daripada pemikiran ini dan mula melihat ke hadapan dan mempunyai rancangan jangka panjang yang betul,” jelasnya ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram