[VIDEO] Pamer gaya 'Shaolin Soccer', Raul Jimenez dibuang padang


  • Podium
  • Ahad, 17 Dis 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut. — Agensi

PERTEMBUNGAN antara Newcastle United dan Fulham FC pada Sabtu dicemari dengan kontroversi layangan kad merah.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang selepas tiada jaringan berjaya dicetak pada babak pertama.

Bagaimanapun, satu insiden yang tidak diingini berlaku dalam aksi tersebut apabila penyerang berbisa Fulham, Raul Jimenez melakukan aksi berbahaya kepada salah seorang pemain Newcastle.

Dalam satu hantaran video di X (Twitter), Jimenez didakwa bersalah selepas dilihat dengan sengaja melakukan terjahan keras ke arah pemain Newcastle itu.

Susulan aksi berbahaya yang dipamerkan oleh penyerang Fulham itu, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah atas tindakannya itu pada minit ke-22.

Berikutan layangan kad merah tersebut, Fulham terpaksa tampil beraksi dengan 10 orang pemain sahaja.

Layangan kad merah terhadap Jimenez nyata memberikan impak terhadap permainan Fulham apabila mereka tewas 0-3 dalam perlawanan tersebut.

Newcastle meraih tiga mata penting menerusi jaringan Lewis Miley, Miguel Almiron dan Dan Burn. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram