SAINGAN Liga Super 2023 tidak lama lagi akan menutup tirai dengan sambutan besar dijangkakan akan berlaku di Selatan, pertempuran sengit di Utara dan Selangor.
Johor Darul Takzim (JDT) akan secara rasmi meraikan kejuaraan Liga Super ke-10 berturut-turut selepas perlawanan terakhir menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Sekiranya tewas atau seri berdepan Penang, JDT akan kekal memegang rekod tanpa kalah dalam liga buat kali keempat seperti yang pernah mereka lakukan pada 2016, 2020 dan 2022.
JDT berada dalam momentum terbaik ketika ini selepas menjulang Piala Malaysia 2023 dengan menewaskan Terengganu 3-1 dan turut menewaskan kelab Thailand BG Pathum United dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Arif Aiman Hanapi antara pemain muda yang turut membantu JDT meraih kemenangan dalam saingan Liga M. — Instagram/Officialjohor
Ketua Jurulatih Esteban Solari berkata, pemain telah memperoleh status 'tidak boleh disentuh'.
“Apa yang kami capai sepanjang musim ini bukanlah mudah. Setiap perlawanan mempunyai cabaran yang berbeza.
“Mereka tahu, bermain dalam kelab seperti JDT, mereka tidak boleh berehat. Untuk menjadi yang terbaik, mereka perlu sentiasa bekerja pada permainan mereka. Mereka perlu berdisiplin dan tahu permainan.
“Pra musim adalah di mana segala-galanya bermula 11 bulan lalu. Itulah sebabnya anda melihat hasilnya sekarang," katanya.
Sementara itu, Selangor yang berada di kedudukan kelima liga musim lalu berjaya menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan yang meningkat secara drastik apabila meraih tempat kedua dalam liga sekali gus menempah slot ke ACL musim depan.
Ketua Jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe berjaya menstabilkan pasukan dengan gaya bola sepak modennya yang dibantu oleh pemain terkemuka seperti penyerang Colombia Ayron Del Valle, yang juga merupakan penjaring terbanyak liga semasa dengan 23 gol dan pemain sayap Faisal Halim.
Di samping itu, perlawanan terakhir Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC akan menyaksikan perebutan tempat ketiga liga.
KDA FC kini berada di tempat ketiga dengan 53 mata, manakala Sabah menghuni kedudukan keempat dengan 51 mata.
JDT mungkin akan terus menjuarai liga untuk tempoh sepuluh tahun lagi jika pasukan lain tidak melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menambah mutu persaingan.
Pasukan Liga Malaysia (Liga M) perlu bangkit jika tidak, JDT akan terus mendominasi kesemua perlawanan Liga M untuk tahun-tahun akan datang. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram