Empat gol Arif Aiman bantu JDT catat 100 rekod Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Empat jaringan Arif Aiman bantu JDT julang Piala Liga Super 2023. — Instagram/officialjohor

PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) menepati jangkaan ramai apabila mudah menewaskan Penang FC dengan keputusan 8-0 dalam perlawanan terakhir Liga Super 2023 pada Sabtu.

Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan skuad Harimau Selatan menguasai permainan seawal wisel dibunyikan.

Enggan menunggu lama, Arif Aiman Hanapi membuka tirai jaringan seawal minit kelima bagi meletakkan JDT dalam kedudukan yang selesa.

Rentak permainan semakin rancak apabila Bergson da Silva mencetak dua jaringan selain Akhyar Rashid dan Heberty Fernandes masing-masing menjaringkan satu gol pada babak pertama.

WhatsApp Image 2023-12-16 at 20.06.33

Sebahagian aksi barisan pemain JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan Penang FC. — Instagram/officialjohor

Bersambung babak kedua, JDT yang dahaga akan kemenangan sekali lagi menerusi Arif Aiman yang berjaya mencetak tiga gol pada minit ke-47, m-52 dan penghujung perlawanan m-90+6 meletakkan JDT di hadapan.

Keputusan kekal 8-0 sehingga wisel penamat permainan ditiup oleh pengadil perlawanan sekali gus menyaksikan JDT bergelar juara Liga Super 2023.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong memuji aksi persembahan yang ditampilkan oleh penyerang muda JDT, Arif Aiman yang membantu Harimau Selatan meraih 100 jaringan musim ini.

"Padulah Arif Aiman ni, memang rekod JDT musim ini, 100 gol," kata Shah Ahmad.

"Tahniah JDT, capai 100 gol musim ini," kata Azlan.

"Jarang-jarang Liga Malaysia dapat capai 100 gol, Arif Aiman memang padu," kata Fendi Ahmad.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram