'Battle of unpaid', Kelantan FC tamat penderitaan Liga Super 2023


  • Podium
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Kelantan United bangkit pada babak kedua sekali gus menewaskan TRW. — Facebook/MFL

KELANTAN FC terus kempunan untuk menamatkan musim Liga Super 2023 dengan mencatat sebarang kemenangan selepas tewas 2-6 di tangan Kelantan United FC (KUFC) pada Sabtu.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan FC bermula garang apabila Muhammad Afif Jazimin Mohd Yusoff berjaya mencetak dua jaringan menembusi pintu gawang pasukan lawan sekali gus meletakkan The Red Warriors (TRW) di kedudukan selesa dengan keputusan 2-0.

Bagaimanapun, enggan tewas dalam aksi terakhir liga, skuad Kijang Hijau berjaya merapatkan jurang kedudukan menerusi jaringan Hafiy Haikal pada minit ke-29 babak pertama.

WhatsApp Image 2023-12-16 at 23.10.19

Sebahagian aksi barisan pemain Kijang Hijau meraikan kemenangan berdepan Kelantan FC. — Facebook/KUFC

Keputusan kekal 2-1 selepas pengadil perlawanan meniup wisel tamat perlawanan masa pertama.

Bersambung babak kedua, KUFC bermula garang apabila Sharvin Selvakumaran meledak dua jaringan dan satu gol daripada Ismahil Akinade sekali gus mengubah keputusan semasa kepada 4-2.

Masih mahu menambah derita pasukan TRW, KUFC menerusi Royizzat Daud dan Indra Putra Mahayuddin masing-masing berjaya mencetak satu jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong seperti sudah menjangkakan bahawa pasukan TRW akan menjadi belasahan pada perlawanan terakhir Liga Super.

"Sudah agak keputusan macam ini, its okay, cuba next season pula," kata Muhamin Ahmad.

"Kalau menang luar biasa, comeback stronger Kelantan FC," kata Saiful.

"Sangka boleh menang rupanya tepat ramalan, susah juga nak menang even last game," kata Ahmin.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram