[VIDEO] Bukan hanya Kedah, 4 kelab tanah air berebut khidmat Rizal Ghazali


  • Podium
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Rizal merupakan salah seorang tonggak utama skuad Sang Badak musim ini. — Facebook/SabahFC

HAMPIR seluruh penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC bersorak apabila muncul khabar angin mengatakan bekas pertahanan kental, Rizal Ghazali akan kembali ke bumi Darul Aman selepas dua tahun mencipta memori bersama Sabah FC.

Dari perkongsian kek ucapan selamat tinggal sehingga ke klu kontrak bakal tamat pada penghujung musim ini bersama The Rhinos, semua petunjuk berkenaan seakan-akan memberi jawapan kepada desas-desus kembali menyarung jersi Hijau Kuning.

Selepas hampir beberapa hari penyokong Kedah dan Sabah tertanya-tanya mengenai destinasi The Rhinos, Rizal akhirnya tampil mengesahkan kebenaran khabar angin berkenaan dengan menyatakan bahawa kontraknya bersama pasukan tamat pada hujung musim ini.

Bek kanan berusia 31 tahun itu berkata, tidak dapat dinafikan dia mendapat beberapa tawaran daripada kelab berpangkalan di Semenanjung tanah air namun masih belum memutuskan mengenai destinasi baharunya.

Keputusan untuk beraksi bersama pasukan Semenanjung itu dibuat susulan keadaan ibu bapa Rizal yang sakit dan dia pastinya ingin memudahkan urusannya perjalanan pulang ke kampung halaman.

"Saya pun dah habis kontrak (bersama Sabah FC) untuk tahun ini tapi saya belum tahu lagi arah tuju saya. Tapi InshaaALLAH saya ke Semenanjung kerana orang tua saya tidak sihat.

"Ada dapat tawaran tiga hingga empat pasukan tapi belum saya putuskan. Fokus saya kini untuk Sabah FC," katanya memetik temu bual bersama portal HarimauMalaya.

Sabah FC kini dalam persiapan untuk ke peringkat separuh akhir zon Asean Piala AFC selepas The Rhinos berhasil mengukuhkkan kedudukan di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.

Aksi terakhir kumpulan bertemu PSM Makassar menyaksikan Sabah tewas dengan jaringan 1-3 dalam perlawanan yang diadakan di gelanggang keramat The Rhinos, Stadium Likas, Kota Kinbalu pada Khamis.

WhatsApp Image 2023-12-15 at 13.05.16

Kesebelasan utama Sabah menentang PSM Makassar. — Facebook/SabahFC

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan berkenana juga menjelaskan maksud di sebalik gambar bersama legenda KDA FC, Baddrol Bakhtiar yang juga wakil rakyat DUN Gurun kerana timbul spekulasi dalam kalangan penyokong Sang Kenari menimbulkan

"Ada yang cakap saya balik ke Kedah. Tapi tengah hangat gambar saya dengan Baddrol adalah untuk pasukan baharu Adun. Kami nak setup pasukan di Gurun," katanya.

Selain berperanan sebagai bek kanan, bekas pemain kebangsaan tersebut juga mempunyai sumbangan penting dalam membantu gerakan Sabah FC dengan lima bantuan jaringan dan dua gol menjadi bukti akan perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram