Selangor FC bakal kehilangan Safuwan Baharudin musim depan


  • Podium
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Safuwan mempunyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia. —Agensi

SELANGOR FC dilaporkan bakal kehilangan pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin selepas dia dikaitkan dengan perpindahan ke Albirex Niigata Singapore FC musim depan.

Untuk info, Albirex Niigata Singapore FC dikhabarkan bakal menjadi kelab tempatan dalam usaha mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) jika menjuarai Singapore Premier League (SPL).

Safuwan menjadi antara pemain yang diperhatikan oleh kelab tersebut dalam usaha untuk membantu melancarkan proses perancangan itu.

Selain itu, Safuwan yang mempunyai pengalaman tinggi beraksi di Liga Malaysia dan Australia menjadi nadi benteng pertahanan Albirex Niigata Singapore FC untuk memberi saingan kepada Lion City Sailors FC yang diberi jolokan JDT Singapura.

Safuwan Baharudin

Safuwan menyertai Selangor FC pada jendela perpindahan kedua.

Info itu dikongsikan oleh laman Instagram @singapore_football_fans yang menyenaraikan 10 gosip perpindahan terhangat sedang menjadi bualan penyokong Singapura.

Musim ini, kehadiran Safuwan yang menyertai Selangor FC dari Negeri Sembilan FC ternyata banyak membantu benteng pertahanan Gergasi Merah.

Walaupun pada awalnya Safuwan mendapat kritikan daripada penyokong-penyokong Selangor namun aksinya bersama Gergasi Merah pada pusingan kedua Liga Super menerima komen positif daripada orang ramai.

Safuwan menjadi tonggak utama Selangor FC dalam menggantikan ketiadaan import pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab yang ditamatkan kontrak kerana isu bersama pengadil tempatan.

Menjadi persoalan siapakah bakal menjadi pengganti Safuwan? Selangor kini hebat dikaitkan dengan pertahanan Uzbekistan, Umar Eshmurodov yang kini beraksi dengan Nasaf Qarshi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram