Gergasi Merah boleh cuci tangan jika Jimmy ‘perform’ bersama Sang Kenari, The City Boys


  • Podium
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Khuzaimi menyertai Selangor pada awal musim ini.

BERITA perpindahan Khuzaimi Piee semakin hangat diperkatakan selepas pemerhati bola sepak, T. Avineshwaran berkongsi maklumat bahawa dua buah kelab sedang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Dua pasukan itu ialah Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berminat mendapatkan khidmatnya menerusi status pinjaman.

Umum mengetahui pemain berusia 30 tahun itu jarang bermula sebagai kesebelasan utama Selangor FC selepas kembali daripada kecederaan Piala AFF 2022 lalu.

Jimmy

Tangkap layar ciapan T. Avineshwaran.

Diberi gelaran 'Van Dijk Malaysia' nama Khuzaimi atau lebih dikenali sebaga Jimmy mula mendapat perhatian selepas dia dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon pada tahun lalu.

Jika benar dua kelab itu mahu mendapatkannya sebagai pemain pinjaman, ia sedikit sebanyak mampu membantu Jimmy mencari minit permainan dengan lebih kerap.

Selangor juga mungkin boleh mendapatkan keuntungan jika pemain pertahanan itu ditebus kontrak oleh pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Hal ini kerana, situasi tersebut pernah berlaku kepada Selangor semasa KDA FC berminat untuk menebus kontrak Rodney Calvin apabila dia cemerlang bersama Sang Kenari pada 2021.

Quentin (kiri) sebelum ini dipinjamkan ke Penang FC.

Selain itu, Khuzaimi mungkin kembali dalam kesebelasan utama Selangor jika dia tampil cemerlang bersama pasukan lain.

Quentin Cheng juga kembali mendapat tempat bersama Selangor FC selepas cemerlang bersama Penang FC pada 2021.

Tambahan lagi, Selangor mungkin boleh menjimatkan duit jika membenarkan Jimmy berhijrah secara pinjaman ke pasukan lain.

Ini kerana, boleh membuat 'agreement' untuk berunding tentang pembayaran gaji pemain sekali gus menjimatkan duit Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram