Transit ke Singapura, bintang sensasi Argentina hampir sertai JDT?


  • Podium
  • Ahad, 10 Dis 2023

Jalil Elias semakin hampir untuk sarung jersi JDT? — Agensi

MUSIM Liga Super 2023 masih belum berakhir namun begitu kerja persiapan bagi saingan masa depan telah pun dimulakan oleh Johor Darul Takzim (JDT).

Pemenang Piala FA, Piala Malaysia serta juara Liga Super itu kini rancak melakukan persiapan dari segi memancing pemain berkualiti.

Sejumlah nama telah mula dikaitkan dengan Harimau Selatan, baik bintang tempatan atau antarabangsa. Dan untuk pemain import, sebuah nama sudah lama dikatakan bakal menyertai skuad Esteban Solari.

Pemain Argentina, Jalil Elias, sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri untuk beberapa bulan. Namun begitu, tiada yang konkrit berkenaan situasi tersebut.

Sebelum ini, terdapat perkhabaran merisaukan yang berkenaan rekod kecederaan pemain itu. Namun begitu, selepas pertimbangan dilakukan, JDT dilaporkan masih mahu meneruskan usaha mendapatkan Elisa bagi musim depan.

Dan perpindahan itu dijangka bakal menjadi nyata selepas pemain tersebut secara terbuka memberikan hint besar menerusi Instagramnya.

Menerusi siaran di Instagram Story (IG Story) miliknya, Elias menunjukkan pasport serta dua keping tiket penerbangan ke Eropah dan Asia.

WhatsApp Image 2023-12-10 at 14.43.43

Jalil Elias menunjukkan tiket penerbangannya ke Asia. — Instagram/@jalilelias8

Dalam siaran tersebut, Elias menunjukkan dua keping tiket menuju ke Istanbul, Turkiye di Eropah serta Singapura yang terletak dekat Asia.

Memandangkan Singapura begitu dekat dengan Johor, ia menguatkan lagi spekulasi yang Elias sebenarnya dalam perjalanan transit untuk ke SSI menerusi dua destinasi tersebut.

Perjalanan tersebut pastinya mengalami masa beberapa hari sebelum Elias sampai ke Johor. Apabila sudah sampai, pastinya dia akan terlibat dalam proses untuk mengesahkan perpindahannya ke JDT untuk musim depan.

Musim ini, Elias yang beraksi untuk San Lorenzo di Argentina merekodkan tiga gol dan tiga bantuan gol dalam kesemua pertandingan sambil merakamkan 52 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram