MASALAH gaji dalam kalangan pasukan Liga Super dilihat belum lagi akan berakhir. Selepas satu pasukan, akan muncul kelab lain terpalit dalam permasalahan tersebut.
Dalam kes terdahulu, pasukan seperti Kelantan FC sering dikaitkan dengan isu masalah gaji. Kini, terhadap kelab yang terlibat masalah sama iaitu Sabah FC.
Sabah dilaporkan mengalami tunggakan gaji melibatkan pasukan senior dan remaja. Khabarnya, skuad senior 'sangkut' gaji dua bulan sementara pasukan bawah 23 tahun (B-23) sudah tidak menerima bayaran selama enam bulan. Lebih parah, skuad B-20 dan B-18 sudah tujuh bulan tidak menerima gaji.
Ini memberikan peluang pasukan lain untuk mendapatkan pemain-pemain Sabah sekiranya mereka boleh menawarkan gaji stabil tanpa gagal. Selangor FC antara kelab yang boleh menyambar bintang-bintang Sabah musim depan ditambah pula mereka mempunyai bola sepak Asia untuk ditawarkan.
Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan ramal tiga pemain yang Gergasi Merah boleh tawan daripada skuad Badak:
1. Saddil Ramdani
Nama Saddil sentiasa popular dalam kalangan penyokong Sabah. Kelincahannya serta ancaman diberikan oleh pemain Indonesia tersebut mampu menggoncang pintu gol lawan.
Saddil boleh dijadikan pilihan buat Selangor untuk menguatkan bahagian serangan terutamanya di bahagian sayap. Dengan khabar angin Faisal Halim bakal tinggalkan Gergasi Merah, tidak mustahil Saddil boleh dijadikan pilihan untuk menggantikannya.
Saddil boleh tambah sengat di bahagian sayap Selangor. — Facebook/Sabah Football Club
Namun begitu, andai Faisal tidak tinggalkan Selangor, kehadiran Saddil pasti akan buatkan Gergasi Merah lebih mengancam untuk mencabar kejuaraan tempatan dan Asia.
Dengan mempunyai pengalaman beraksi di peringkat Asia serta statusnya sebagai pemain kebangsaan Indonesia, kehadirannya akan legasi negara itu di Selangor seperti yang pernah dicipta oleh Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas.
2. Stuart Wilkin
Wilkin merupakan antara beberapa pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang baik dalam negara kita.
Keboleh Wilkin bukan saja terhenti di situ, malah dia seorang pemain yang mampu menghasilkan rembatan dari luar kotak penalti. Satu nilai tambah yang baik untuk seorang pemain tengah.
Stuart Wilkin boleh melakukan jaringan dari luar kotak penalti. — Facebook/Sabah Football Club
Dengan usia Brendan Gan semakin meningkat, kehadiran Wilkin boleh menambah sengat Selangor di bahagian tengah yang pada musim ini bukanlah dianggap terbaik dalam Liga Super.
Dengan statusnya sebagai pemain Harimau Malaya, ia akan meningkatkan lagi bilangan pemain kebangsaan dalam skuad Selangor yang cuma terhad kepada dua atau tiga pemain saja sekarang.
3. Darren Lok
Kegusaran yang bakal menanti Selangor musim depan adalah mereka akan kehilangan penyerang utama iaitu Ayron del Valle.
Ayron dilaporkan tidak akan menyambung kontraknya bersama-sama Selangor dengan pemain itu akan kembali semula ke negara asalnya iaitu Colombia.
Selangor boleh dapatkan Darren Lok untuk kuatkan barisan serangan. — Facebook/Sabah Football Club
Ini membolehkan Selangor cuba mendapatkan Lok sebagai pengganti Ayron. Sebagai penyerang terbaik negara, adalah sesuai bagi Lok untuk pulang semula ke Lembah Klang dan menyertai pengembaraan Asia bersama Gergasi Merah.
Mungkin Selangor akan tetap mencari penyerang import baharu bagi menggantikan Ayron, tetapi Lok juga boleh dianggap sebagai direct replacement kepada penyerang berbisa itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram